Wednesday, March 19, 2008

Kerja yang susah?

Menulis gol anda bukanlah sesuatu yang mudah. Buktinya tanyalah kepada orang disekeliling kita adakah mereka menulis gol mereka? Hampir kesemua orang tidak menulis gol mereka.

Mereka tidak menulis gol yang perlu dibuat seharian.
Mereka tidak menulis gol yang perlu dibuat bulanan.
Mereka tidak menulis gol yang perlu dibuat tahunan.
Malah mereka tidak menulis gol untuk kehidupan mereka.

Itulah sebabnya menulis gol bukannya kerja mudah. Ia memerlukan kemahuan yang tinggi untuk menulisnya. Menulis gol memerlukan kita jujur pada diri kita. Menulis gol menuntut kita untuk menjawab persoalan “ Apa yang aku mahu sebenarnya dalam kehidupan ini”. Menulis gol memerlukan waktu. Malangnya ramai sanggup menghabiskan masa mereka dengan melakukan perkara lain sedangkan jika mereka tahu kebaikan menulis gol,pasti mereka akan membuatnya.

Transformasi

Menurut Daniel Burnham yang merupakan seorang pakar dalam perancangan, jika kita tidak mempunyai gol atau matlamat, ia bagaikan tidak memberikan kita magik untuk berjaya. Kita tidak teransang utntuk melakuakn perkara tersebut. Tetapi dengan gol yang besar kita mampu mendapat satu kuasa yang menukarkan semangat kita kepada tindakan.

Goal+ Tindakan+Ubahsuaian respon = Kejayaan

Oleh itu didihkan tindakan anda dengan gol anda…