Friday, December 28, 2007

Maksud pemenang

Maksud pemenang adalah berbeza untuk setiap orang.Ia bergantung pada diri masing-masing.Hanya kita yang tahu maksud pemenag untuk diri kita.

Jadi apa maksudnya disini?Ini bermaksud…

Setiap daripada kita boleh menjadi pemenang.

Pemenang adalah seseorang yang menggunakan potensi yang ada pada dirinya.

Pemenang adalah meletakkan sesuatu matlamat dan mencapainya.

Pemenang adalah menambah kemahiran supaya menjadi lebih baik.

Pemenang adalah untuk melayan semua orang seperti mana dia mahu orang lain melayannya.

Pemenang adalah sentiasa berusaha bersungguh dan tidak menghiraukan segala rintangan.

Pemenang sentiasa mempelajari sesuatu daripada pengalamannya.Tidak kira ia merupakan pengalaman yang buruk ataupun baik.

Menang ialah menjadi apa yang kita mahu.

Menang ialah gembira menjadi diri kita..

Menang adalah salah satu cara kita berfikir.

Menang adalah salah satu cara kehidupan.

Menang adalah segalanya tentang sikap.

Ya!Semuannya tentang sikap.

“Saya fikir 70% atau 80% adalah semuanya tentang sikap.Setelah awak telah membuat semua orang bersedia terhadap tugasan, hanya satu sahaja yang tinggal iaitu sikap.Yang menjadi berita gembira di sini ialah awak boleh memilihnya dalam kehidupan.Awak tidak mampu pilih atau mengubah keadaan,tetapi awak sentiasa boleh memilih atau mengubah sikap “.Anonymous

Tuesday, December 25, 2007

Personaliti biru

Seperti yang saya janjikan..trimalah ciri-ciri personaliti biru


Personaliti warna ini sangat sosial. Mereka mengambil berat orang lain dengan begitu mendalam sekali. Oleh sebab inilah mereka begitu rapat dan begitu menyayangi keluarga mereka dan orang yang berada disekeliling mereka. Keluarga merupakan perkara yang utama kepada mereka. Mereka sentiasa akan memberi sokongan kepada keluarga mereka jika terdapat sesuatu masalah yang berlaku. Mereka sanggup melakukan apa sahaja perkara yang berkaitan untuk membantu keluarga dan rakan mereka.

Personaliti warna ini suka membantu orang. Mereka akan berasa bahagia dengan membantu orang. Apabila mereka mengenali seseorang dan meyukainya, personaliti ini agak sukar untuk melupakan orang tersebut. Mereka akan menghantar hadiah supaya dapat menunjukkan betapa bermaknanya perhubungan tersebut pada mereka. Mereka juga tidak lupa hari-hari yang penting dalam hidup seseorang. Contohnya seperti hari lahir. Sikap mereka ini meyebabkan ramai orang suka berdamping dengan biru.

Saturday, December 22, 2007

Bulatan?

4 Bulatan Kehidupan.


Ada satu tips lagi tentang menulis matlamat yang dapat diamalkan.Tips ini diambil daripada 100 Ways to Motivate Yourself.Setiap hari,ambil satu kertas kosong.Kemudian saudara perlu melukis empat bulatan atas kertas ini.Bulatan pertama mewakili kehidupan yang saudara inginkan.Saudara boleh menulis seberapa banyak yang saudara hendak mengikut pada waktu tersebut.Ataupun saudara boleh menulis hanya beberapa sahaja matlamat dan matlamat yang lain ditulis pada hari yang lain.
Bulatan kedua pula mewakili tahun.Cuba berhenti dan berfikir sejenak apa yang saudara dapat buat atau capai supaya matlamat bulatan pertama tercapai dalam tahun ini.Matlamat tersebut mestilah realistik dan dapat dicapai pada tahun tersebut.Pastikan matlamat tersebut yang memerlukan saudara berusaha dan bukan mudah untuk dicapai.

Bulatan ketiga pula mewakili bulatan bulanan.Fikirkan apa saudara dapat buat dan perlu capai supaya matlamat tahunan saudara tercapai.Seperti biasa letakkan sedikit cabaran.

Bulatan keempat pula mewakili bulatan harian.Fikirkan apa yang saudara dapat lakukan pada hari ini supaya matlamat bulanan saudara tercapai.Setelah selesai menulisnya,mulakan untuk melakukan perkara tersebut.Ingat untuk membaham gajah adalah bukan dengan memakannya sekaligus.Tetapi potongnya kepada ketulan kecil dan makan sedikit demi sedikit.

Amalkan selalu menulis ini.Jadikan ia perkara kemestian yang perlu saudara lakukan setiap hari.Kalau tidak boleh jadikan ia perkara selalu yang saudara buat dalam minggu tersebut.Kaedah ini tidak lama.Sekadar beberpa minit.tetapi ia ada mempunyai impaknya tersendiri.

Wednesday, December 19, 2007

Aura

Hehe..lamanya tak update..bukan apa..sibuk skit menulis buku sekarang.insyaAllah bulan empat kuar la..pasal apa? rahsia.. tapi ini ada hint skit....Jawab soalan ini dulu,,

Anda suka bersosial dan bersama orang lain sepanjang masa.

Anda suka memberi dorongan kepada orang lain.

Anda kurang bercita-cita tinggi dan agak konservatif .

Keluarga merupakan keutamaan bagi anda.

Anda sukar hendak berkata tidak kepada sesuatu yang anda tidak suka.

Anda mempunyai sistem metabolisma yang perlahan.

Anda lebih mengambil berat orang lain daripada diri anda sendiri.

Jika semua penyataan ada kaitan dengan anda..maka anda dikatakan mempunyai aura berwarna biru...

apa kah ciri-ciri orangnya?
tunggu.....=)

Tuesday, November 13, 2007

Matlamat adalah tiang gol

Pernah tak kita melihat perlawanan boleh sepak?Saya yakin kita pernah.Agak pelik jika tidak pernah langsung melihat perlawanan bola sepak.Cuba kita lihat,ketika perlawanan diadakan,apakah yang dilakukan oleh para pemain?Mereka bersungguh untuk menangkan?Dan yang paling penting bagaiman hendak menang?Mereka akan cuba menjaringkan gol sebanyak mungkin.

Sekarang,bayangkan perlawanan bola sepak sedang berlangsung antara pasukan A dan B.Kita akan lihat pasukan A akan berusaha bermatian-matian untuk memasukkan bola ke tiang gol pasukan B.Begitu juga dengan pasukan B,mereka akan berusaha bermatian-matian untuk memasukkan bola ke dalam tiang gol pasukan A.Kedua-dua pasukan ini berusaha bermatian-matian kerana ini.Apabila mereka bermain,mereka tidak mengendahkan perkara yang berlaku di sekeliling.Mereka hanya menumpu kepada tugas untuk menjaringkan gol.Matlamat mereka hanya untuk menjaringkan gol.

Tetapi,sekarang bayangkan tiang-tiang gol itu diangkat dan tidak digunakan pada perlawanan tersebut.Apa akan terjadi pada perlawanan tersebut?Adakah masih menarik?

Sebenarnya itulah tujuannya perlunya ada matlamat.Dengan ada matlamat kita tahu apa yang perlu dibuat.Dengan ada matlamat kita tahu apa titik akhir kita.Dengan adanya matlamat kita akan mampu memberi segalanya dan dengan adanya matlamat ,hidup kita akan menjadi menarik.

Monday, November 12, 2007

101 Matlamat.

Saudara sudahpun tahu betapa pentingnya mempunyai banyak matlamat.Apa kata kita jadikan ia lebih menarik.Bagaimana?Sediakan sebuah buku.Di dalam buku tersebut mengandungi 101 matlamat yang ingin anda capai.Selepas anda sudah mencapainya,tandakan ia.Ataupun anda boleh mengikut cara Mark Victor Hansen,iaitu pengarang bersama Chicken Soup for the soul.beliau menulis perkataan ‘kemenangan ‘ di sebelah matlamat yang telah dicapai.Menurut beliau,dengan membuat demikian kita akan lebih yakin lagi untuk mencapai matlamat seterusnya selepas melihat beberapa siri kejayaan kita.

Mengapa 101 matlamat?Sebenarnya saudara boleh buat berapa senarai matlamat saudara ikut kesukaan anda.Tetapi 101 matlat lebih mudah.Hal ini kerana ia akan membuatkan anda lebih focus.ia membuatkan anda lebih ingat.Sudah tentu saudara boleh menulis 1001 matlamat, tetapi ianya terlalu panjang dan mengambil masa saudara.

Bagaiman jika saudara mempunyai lebih daripada 101 matlamat ?
Tiada masalah.Seperti yang dikatakan jangan letakkan batasan dalam diri saudara.Saudara bebas.Tulis sahaja.Tetapi jangan bazikan terlalu banyak masa juga kepadanya.

Selalulah melihat jurnal ini.

Saturday, August 18, 2007

Kuiz opsss...

Cuba jawab kuiz ini ?

1.Senaraikan 5 nama orang terkaya di Malaysia.
2.Senaraikan 5 pemenang hadiah cabutan di sekolah anda.
3.Senaraikan 5 nama pemenang pelakon lelaki terbaik Grammy Awards.
4.Senaraikan 5 nama pemenang pelakon wanita terbaik Grammy Awards.


Saya yakin,ramai tidak dapat menjawab atau mengambil masa yang lama untuk memikirnya.Mengapa ini berlaku?Padahal mereka adalah oarng-orang yang terkenal?Mereka oarang-orang yang berjaya.

Tujuan kuiz ini adalah untuk menunjukkan bahawa,mereka yang anda senaraikan itu adalah sebenarnya hebat.Mereka hebat di dalam industri mereka..Tetapi yang menjadi masalahnya,mereka akan kita lupakan biar sampai waktunya.Anugerah,hadiah,pujian ataupun apa sahaja mereka dapat,akan kita lupakan.Mereka akhirnya tenggelam dengan semua yang mereka dapat akhirnya dalam minda kita.Kita akhirnya melupakan orang –orang yang telah berjaya ini.

Bagaimana anda cuba kuiz ini?

1.Senaraikan 5 nama yang telah mengajar anda sesuatu yang berharga.
2.Namakan beberapa nama kawan yang sentiasa bersama anda ketika susah dan senang.
3.Namakan beberapa nama orang yang membuat anda betul-betul dihargai.
4.Senaraikan 10 idola pujaan anda yang membuatkan anda bermotivasi.

Lebih mudah bukan?Malahan anda boleh senaraikan lebih banyak lagi jika kita mahu.Apa pengajarannya?

Moral daripada kuiz ini adalah,kita ingat orang yang memberi impak kepada kita.Kita ingat orang yang memberi kesan kepada kita.Kita ingat orang yang mengambil berat kepada kita.Kita ingat orang yang kisah pada kita.Walaupun orang tersebut mungkin tiada wang untuk diberi kepada kita,ataupun hanya orang biasa sahaja tetapi kita masih ingat pada mereka kerana mereka memberi kesan kepada kita.

Jadi,mulai hari ini,marilah kita membuat sesuatu yang mampu memberi kesan kepada orang lain.Sesuatu yang mampu membuat mereka tahu kita kisah terhadap mereka.Sesuatu yang membuatkan mereka tahu kita mengambil berat terhadap mereka.Sebab apa?Sebab mereka hanya mengingat itu semua.Mereka tidak akan ingat pingat,anugerah yang kita dapat.Mereka ingat apa yang memberi kesan kepada mereka.

Jadi,tanya pada diri.Apa yang anda buat yang dapat memberi kesan pada orang-orang yang anda sayang?

Yahooo...1st step

Sesuatu yang anda impikan,atapun sesuatu yang anda cita-citakan tidak akan menjadi kenyataan jika anda belum lagi bermula.Sesuatu yang anda nampak mudah tidak akan nampak hasilnya jika anda belum lagi melangkahi ke arahnya.jika anda belum bermula ,cita –cita anda umpama satu perjalanan infiniti.Satu nombor yang anda tak dapat jangkau.Satu tempat yang terlalu-terlalu jauh.

Tetapi sebaik sahaj anda memulakan langkah.Tiada lagi perjalanan infiniti tersebut.Tiada lagi jalan kemustahilan lagi.Apa yang anda adalah jalan terang.Jalan yang yakin anda dapat tempuhinya.Tiada lagi kegelapan dan anda mampu melaluinya.Jalan yang membuat anda yakin untuk mencapau impian anda.

Ambillah langkah pertama.Langkah pertama yang paling penting sekali.Dan ambillah dengan secepat mungkin.Kerena masa tidak akan menunggu kita.Masa akan tetap berjalan.

Mulakan untuk melakukannya.Walaupun mungkin anda akan tempuhi halangan ketika melaluinya,namun hasilnya akan jua anda nampak akhirnya.Halangannya juga tidaklah seberat jika anda belum membuat langkah yang pertama.

Tindakan adalah penting untuk mencapai sesuatu.Melalui tindakanlah anda dapat memperolehinya.Semakin cepat anda memulakannya,semakin cepat anda mencapai impian anda.Mulakan,walaupun hanya dengan langkah yang kecil.Ini kerana dengan langkah yang kecil itulah yang akan membuat anda berada dalam keadaan momentum anda.

Bertindak dengan cepat dan teruskan langkah anda itu.Sebaik sahaja anda bermula,anda bukan sahaja tahu anda boleh melakukannya,tetapi anda akan memberitahupada minda bahawa benda tersebut adalah milik anda.

Saturday, July 28, 2007

Masa and soulmate anda

Masa adalah amat penting bagi kita.Setiap masa yang berlalu tidak akan kembali lagi.Setiap peluang yang datang juga kadang-kadang hanya datang sekali sahaja.Kita haruslah menggunakan masa dengan sebaiknya.Peluang yang ada jangan dilepaskan begitu sahaja.Ingat masa umpama perjalanan.Sekali kita melaluinya kita tidak akan dapat kembali semula.Kita pernah melalui masa bayi,remaja,muda.Dan yang pastinya kita tidak dapat kembali kepada masa tersebut.Walaupun kita menyesal macam mana pun,masa tetap berjalan.

Terdapat suatu cerita mengenai masa yang tidak akan kembali.

Pada masa dahulu,terdapat dua orang sedang berehat di bawah pokok yang besar.Di hadapan mereka terdapat padang yang luas yang dipenuhi dengan pelbagai bunga yang berwarna-warni.Bunga-bunga di situ sungguh cantik dan menarik.
Dua orang yang sedang berehat di situ adalah merupakan seorang guru dan anak muridnya.

Sedang mereka berehat anak murid bertanya kepada gurunya,”bagaimana kita dapat jumpa kekasih sejati kita.(soulmate)?”.

Sambil terkejut dengan soalan anak muridnya,si guru pun berkata,”soalan itu sebenarnya mudah dan agak susah”.

“Mengapa guru berkata demikian?”,tanya anak murid dengan kehairanan.

“Begini sebenarnya,untuk menjawab soalan yang kamu tanya tadi, sekarang cuba kamu buat perkara ini.Kamu jalan sahaja dari sini sampai ke hujung padang ini.Petik satu sahaja bunga yang kamu fikir cantik.Ingat cuma satu sahaja.Kamu juga dilarang berpatah balik.”,kata guru tersebut.

“Baiklah saya akan menurut arahan guru.Tunggu saya sebentar,”kata anak murid tersebut sambil berjalan untuk membuat perkara yang disuruh gurunya.

Selang beberapa ketika,anak muridnya kembali.

“Guru tak nampak pun ada bunga di tangan kamu?”,tanya guru sambil tersenyum.

“ Begini ketika saya berjalan,saya ternampak satu bunga yang cantik,tetapi bila saya ingin memetiknya saya terfikirkan mungkin ada bunga lebih cantik lagi di hadapan.Jadi,ini menyebabkan saya tidak jadi memetiknya.Jadi saya terus berjalan dan sehinggalah saya sampai ke hujung padang ,baru saya sedar saya tidak memetik langsung bunga pun .Oleh kerana mengikut arahan guru maka sebab itu saya tidak mengundur kembali .”,kata anak murid itu.

Guru itu pun menjawab,”begitulah kehidupan anak muridku”.

Pembaca sekalia,begitulah kehidupan yang berlaku sekarang ini.Bunga-bunga yang ada dipadang tersebut boleh dianggap sebagai calon-calon teman sejati kita.Laluan yang kita laluinya pula boleh dianggap sebagai garis masa kita dan anak murid tersebut adalah kita.
Oleh kerana terlalu memilih,akhirnya menyebabkan kita menjadi tamak.Akibatnya kita terlepas peluang keemasan dalam kehidupan kita.Akhirnya, kita terlepas untuk mendapat Cinta kita yang sejati.

Kisah ini bukan setakat diaplikasi dalam kisah Cinta,tetapi dapat digunakan dalam apa-apa bidang pun.Fikirkan peluang yang kita hilang sebaik sahaja kita tamak.Tamak pada sesuatu yang tidak pasti.Ingat!Kisah ini berkenaan masa.Masa yang berlalu,tidak akan kembali lagi.Oleh itu mulai hari ini berjanjilah pada diri anda tidak akan membazir masa yang berlalu.

Kepercayaan juara

Salah satu faktor kejayaan adalah mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap diri sendiri.Juara berbeza dengan yang kalah kerana mereka percaya dengan keupayaan diri mereka.Mereka percaya mereka mampu melakukan..Sebab itulah mereka sentiasa di atas.

Frank Dick yang merupakan jurulatih atlit menceritakan semula pengalamannya dengan Daley Thompson.Peristiwa ini berlaku ketika mereka sedang berehat .Daley Thomson adalah merupakan atlit yng telah memenangi pingat emas Olimpik dalam sukan dekalthon pada tahun 1980 dan 1984.

Siapakah atlit yang terhebat awak pernah lihat? Tanya Daley pada sesi rehat tersebut.Frankie kemudian bertanya adakah atlit yang dilihat di video juga diambil kira.Daley menjawab ya.Kemudian Frankie telah menamakan seorang lelaki yang telah membuat empat rekod dunia dalam masa satu hari.

Daley kemudian berkata,”Lupakan perkara tersebut,anda sedang melihat kearahnya”.

Begitulah sifat seorang juara.Daley sentiasa percaya dengan dirinya.Dia menganggap bahawa dia merupakan atlit yang terhebat.dia telah meletakkan satu standard yang tinggi pada dirinya.Satu standard yang hanya diletakkan oleh seseoarng yang berfikir seperti juara.

Kepercayaan

Untuk beribu-ribu tahun manusia percaya mereka tidak mampu untuk berlari 1 batu dalam masa 4 minit ke bawah.Mereka menganggap perkara tersebut adalah mustahil dal tidak akan dapat diatasi.

Selain itu,kajian –kajian yang ditunjukkan oleh doktor juga turut menyatakan perkara ini adalah mustahil.Ya,umu pada ketika itu menganggap perkara tersebut adalah mustahil.Hanya manusia luar biasa sahaja mampu melakukan.Lupakan sahaja melakukan perkara gila tersebut.Kepercayaan mereka mengatakan perkara tersebut adalah mustahil.

Namun begitu,terdapat seorang tidak menerima kepercayaan .Roger banister,percaya perkara tersebut boleh dilakukakn.Beliau menganggap perkara tersebut tidak mustahil.Beliau telah berlatih bersungguh-sungguh untuk melakukannya.

Akhirnya,pada tarikh 6 Mei 1954,Roger telah menjadi orang yang pertama memecahkan rekod berlari I batu dalam masa 4 minit.Roger telah memecahkan kepercayaan yang dianggap mustahil oleh kebanyakkan orang.

Dan yang paling menarik sekali,selepas Roger memecahkan rekod tersebut,dalam masa 1 tahun dari tarikh tersebut,sebanyak 37 orang juga mampu melakukannya dan sebanyak 300 pula telah Berjaya untuk tahun berikutnya.

Mengapa boleh berlaku peningkatan sedemikian?Sebab Roger telah memecahkan tembok kepercayaan ini.Akhirnya,mereka mengaggap perkara ini tidak mustahil.

Tiada kegagalan.Cuma hasil.

Bagi orang berjaya mereka menganggap sesuatu kegagalan adalah sebagai hasil.Mereka tidak menganggap mereka seorang yang gagal apabila memperolehi hasil yang lain.Mereka tidak nampak apa itu maksud kegagalan.Mereka menganggap apabila mereka tidak mendapat apa hasil yang mereka mahukan mereka tidak gagal.Mereka cuma memperolehi hasil yang lain sahaja.Oleh itu mereka tidak takut mencuba.Mereka tahu jika mereka tidak mendapat hasil yang diingini mereka perlu mengubah cara lain dalam mendapatkan hasil yang diingini.

Setiap daripada kita saya yakin pernah gagal.Yang membezakan seseorang yang Berjaya dan gagal adalah cara mereka menerima kegagalan mereka.Orang yang berjaya melihat daripada sudut positif bahawa mereka hanya mendapat hasil yang lain sahaja.Tetapi malang sungguh bagi orang gagal kerana mereka menganggap hasil yang didapati sebagai kegagalan.Akhirnya menyebabkan mereka menjadi takut untuk mencuba.Mereka terus menjadi penakut di dunia mereka kerana menghiraukan kegagalan kecil tersebut.

Adakah anda ingin hidup dalam dunia penakut?Ubah cara anda melihat hasil sesuatu yang anda usahakan.Fikirlah bahawa anda tidak dapat mengubah hasilnya.Ini kerana hasilnya telah pun terjadi.tetapi anda masih boleh mengubah cara anda melihatnya.Anda boleh menganggap ia sebagai hasil ataupun ianya sebagai kegagalan.

Mari kita lihat suatu cerita mengenai seseoarang yang menganggap tiada kegagalan untuk sesuatu hasil yang tidak baik. Seseorang yang menganggap tiada istilah kegagalan.

Seseorang telah bertanya kepada seoarang lelaki,”Adakah anda akan mengalami ke 10000 kali kegagalan.”

Dia menjawab,”Saya tidak gagal.Saya hanya menemui cara yang lain untuk tidak mencipta mentol lampu elektrik”.

Lelaki yang dimaksudkan adalah Thomas Edison.Walaupun sebelum ini beliau telah mengalami kegagalan sebanyak 9999kali namun beliau tetap tidak menganggap itu sesuatu kegagalan.Beliau menganggap kegagalan tersebut sebagai hasil yang tidak dapat mencipta mentol lampu elektrik.

Menarik bukan?Walaupun telah mengalami 99999kali kegagalan namun masilh positif.Jadi patutkah kita yang baru mengalami satu kegagalan terus berputus asa?Oleh itu mulai hari ini mari kita mengubah sesuatu yang kita tidak mahu kepada istilah hasil dan bukannya kegagalan.Jika kita menganggapnya hasil kita masih lagi dapat mengekalkan momentum kita untuk Berjaya,tetapi jika kita menganggapnya sebagai kegagalan kita akan berasa tidak bersemangat.Akhirnya apa yang kita usahaknan berkubur begitu sahaja.

Wednesday, July 25, 2007

Vision

Apakah itu vision?Vision merupakan sesuatu perkara yang anda nampak dengan jelas apa yang hendak anda capai pada masa hadapan.Vision anda mestilah jelas,tepat dan logik.Jika perkara tersebut tidak logik benda tersebut sekadar disebut angan-angan.Contohnya anda menvisionkan anda boleh terbang.Perkara tersebut adalah mustahil untuk dicapai melainkan suatu hari nanti terhasilnya satu teknologi yang dapat membuat kita terbang.

Vision akan memberikan anda panduan dalam mencapai impian anda.Vision akan menjadi kompas dalam pelayaran kita.Vision akan membuat kita fokus pada matlamat kita.Vision akan membuatkan kita fokus pada perkara yang penting.Melalui vision kita tidak mudah dipengaruhi halangan-halangan dalam menuju impian kita.

Vision akan mebuatkan emosi kita lebih baik.Ia akan membuat kita berasa teruja dalam merealisasikan vision kita itu.Kita akan berasa lebih ghairah lagi dalam melakukan sesuatu yang kita impikan.Seterusnya kita akan melakukan tindakan.Tindakan yang akan menghasilkan hasil.Semuanya adalah bermula daripada vision.

Tip.

Ambil masa anda untuk vision.Jadikan perkara ini wajib bagi diri anda.
Visioan impian anda setiap hari.Jadikan vision adalah keutamaan bagi anda.5 minit sehari sudahpun mencukupi.Semakin lama semakin baik.Apalah sangat 5 minit daripada 1440 minit yang ada pada diri anda setiap hari jika 5 minit tersebut mampu membuatkan anda mendapat sesuatu yang diimpikan dalam hidup anda.Katakan nak pada vision.

Pilihan

Hidup ini merupakan suatu pilihan.Apabila kita melakukan sesuatu ,sebenarnya kita memilih untuk melakukan perkara tersebut.Contohnya,jika anda pergi ke pejabat untuk bekerja,sebenarnya anda memilih untuk ke sana.Mungkin terdapat faktor lain yang juga mendorong kita ke sana,seperti untuk mencari sesuap nasi.Tetapi yang pastinya kita sendiri yang memilih.Memilih untuk pejabat.Kita juga boleh memilih untuk tidak ke pejabat.Adakah kita perlu ke pejabat untuk mencari sesuap rezeki?Tentu tidak.Kita masih boleh mencari rezeki di rumah.tetapi kita ke pejabat kerana kita yang memilih.Ingat, kerana kita yang memilih keadaan tersebut.Kita yang mencipta keadaan tersebut kerana pilihan kita.

Kita yang berada pada hari ini adalah terhasil daripada pilihan yang dibuat oleh kita yang pada masa lampau.Kita pada hari ini adalah hasil karya yang telah dibentuk daripada pilihan yang dipilih oleh kita pada masa dahulu.Cuba fikir sejenak,jika kita kembali pada masa lampau,cuba bayangkan jika kita memilih untuk melakukan sesuatu yang lain daripada apa yang kita pilih dahulu.Agak-agaklah apa akan terjadi kepada kita?

Kita mesti pernah terdengar beberapa keluhan-keluhan seperti ini."Rugi aku tak beli rumah itu,kalau tak sekarang aku dah jadi jutawan"."Aku menyesal kerana tidak belajar bersungguh-sungguh.Kalau tidak pasti aku sekarang sedang bekerja di tempat yang berhawa dingin.""Kalau aku tahu kain ini mahal,tentunya aku tidak membelinya.Baik aku beli sahaja di tempat lain"

Semua keluhan-keluhan di atas menunjukkan kekesalan kerana tersilap memilih.Jadi apa maksud di sini?Ini bermaksud kita yang membuat pilihan dalam hidup kita.Kita sendiri lah yang memilih masa depan anda.Kita sendiri yang membuat pilihan tersebut.

Tip hari ini.

Apabila anda bangun daripada tidur katakan pada diri,"aku mempunyai 2 pilihan pada hari ini.Pilihan untuk berasa gembira atau pilihan untuk berasa sedih.Jadi aku akan memilih untuk berasa gembira kerana itu akan membuatkan aku bahagia".

Apabila anda menemui sesuatu yang membuatkan anda sedih,katakan "Aku mempunyai 2 pilihan sekarang.Pilihan untuk membiarkan perkara tersebut menjadikan aku terus sedih ataupun pilihan untuk membuang perasaan negatif tersebut.Jadi aku memilih untuk membuang perasaan negatif tersebut kerana dengan membuat demikian aku akan lebih berasa bahagia."

Kesimpulanya di sini,jika anda menemui sesuatu perkara,fikirkannya.Beritahu diri anda mempunyai pilihan.Biar anda sendiri yang menentukan pilihan tersebut.Pilihan anda menentukan masa depan anda.Hidup ini adalah tentang pilihan.

Sunday, July 22, 2007

Hari Syiling Emas

Hi !Berjumpa kita lagi pada keluaran pada kali ini.Hari ini saya ingin bercakap tentang duit emas yang ada pada kita.

Ya duit emas dan percaya tak kita mempunyainya sebanyak 1440 syiling emas pada diri kita.Syiling emas tersebut adalah masa kita.Ingat ada pepatah menyatakan masa itu adalah emas.Kita mempunyai masa sebayak 1440 minit sehari untuk kita.

Adakah kita menggunakanya dengan sebaiknya?
Adakah kita mengunakanya untuk sesuatu yang membantu kita?
Adakah kita gunakanya untuk mencari persahabatan?
Adakah kita mengunakanya untuk mencarikebahagian?

Ataupun kita sekadar membazirkannya dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah?

Pembaca sekalian,jangan bazirkan syiling emas yang ada pada kita untuk berfikir sesuatu yang negatif.Jangan guna syiling emas anda itu digunakan membeli perasaan marah,sedih,muram.Adalah amat sayang sekali jika anda menggunakan syiling emas untuk sesuatu yang salah.Adalah sayang sekali jika digunakan untuk membeli penderitaan pada hidup anda.

Gunakan syiling emas tersebut untuk sesuatu yang bermakna.Gunakan ia untuk membeli sesuatu yang dapat membahagiakan anda.Gunakan ia untuk membeli persahabatan,kesihatan,kekayaan,kegembiraan.Jangan benarkan perasaan negatif merosakkan minda anda untuk membeli sesuau yang tidak berharga.

Oleh itu,setiap kali apabila anda bangun daripada tidur,tanyakan pada diri anda apakah yang akan anda beli dengan 1440 syiling emas yang anda ada pada hari ini.

"Demi masa ,Sesungguhnya manusia itu berada dalam keadaan kerugian.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran"

Saturday, July 21, 2007

Momentum

Bagaimanakah hendak mengekalkan momentum anda?Pernah atau tidak seringkali kita berasa sangat malas apabila hendak melakukan sesuatu?Contohnya kita lihat kerja yang berlonggokkan di meja,assigment yang tidak disiapkan,presentation yang perlu dihabiskan.Kerja yang ada banyak tetapi kita seakan hilang momentum hendak meneruskannya.

Saya ada satu tip untuk dikongsi.Tip yang boleh mengekalkan kita pada momentum mood untuk bekerja.

Pernah terdengar tentang hukum Newton yang pertama?hukum ini menerangkan bahawa sesuatu objek akan kekal bergerak selagi tiada daya yang dikenakan keatasnya.Maksudnya di sini apabila kita melakukan sesuatu kerja,dan kerja tersebut belum siap lagi,jangan berhenti.Jika anda berhenti anda seolah-olah telah mengenakakan daya terhadapnya.Remember hukum Newton tadi?Kerja anda umpama objek tersebut.Jangan biarkan daya lain memberhentikannya.

Oleh itu,teruskan bekerja,jika anda telah habis melakukan kerja anda,teruskan menyambung melakukan kerja anda yang lain.Teruskan momentum anda.Ini akan membuat anda bermakna.Membuat setiap minit hidup anda terisi.

Disini bukan bermaksud saya anda tidak boleh berehat.Anda sebenarnya boleh berehat tetapi pastikan rehat anda itu tidak menjadi daya yang akan memberhentikan anda.

Faham?Hidup hukum Newton...hehe

Apakah hari yang perfect anda?

Setiap orang mahukah tiap hari yang berlalu di dalam hidupnya berlalu seperti apa yang dikehendaki.Tetapi masalahnya bagaimana kita hendak tahu bahawa hari tersebut merupakan hari yang perfect hidup anda jika kita sendiri pun tidak mengetahui apakah hari yang perfect bagi kita.Jadi kolum pada kali ini saya akan membincangkan tentang menghasilkan hari yang perfect hidup anda.Jadi apakata sekarang tutup mata dan cuba bayangkannya.

Hari yang perfect bagi anda ialah:

-Apakah perasaan anda ketika bangun daripada tidu pada hari tersebut.
Gembira,bersemangat,tidak sabar-sabar.

-Apakah yang hendak anda ingin lakukan pada hari tersebut.
Bekerja dengan semangat juang yang tinggi,make history

-Bagaimana hubungan anda dengan keluarga anda pada hari tersebut.
Bagaiman anda bercakap dengan mereka,bagaimana anda respon terhadap mereka

-Bagaimana rupa tempat tinggal anda?
Mewah?Terlalu mewah?Tinggal di pantai?

Bayangkan hari perfect anda selengkap-lenkapnya.Proses ini amat penting kerana dengan membuat demikian barulah anda tahu hari perfect anda sudah datang ataupun belum.Selagi anda tidak membuat ini selagi itu lah anda akan dalam kekeliruan.Anda menggangap hari anda adalah perfect tetapi sebenarnya tidak.

Friday, July 20, 2007

kisah si unta

Terdapat dua unta sedang berehat.Ibu unta dan anaknya.Sejak daripada pagi lagi wajah anak si unta kelihatan muram.Melihat anaknya yang kelihatan sunggul,ibu si unta pun bertanya kepada anaknya,”Anakku,ibu lihat kamu kelihatan sedih sahaja.Apa yang mengganggu di dalam fikiranmu?Adakah masalah Matematik yang tak dapat diselesaikan.Ataupun kamu telah ditnggalkan teman wanita?”

“Bukan itu sebabnya ibu,anakanda tengah berfikir beberapa soalan.Persoalan ini telah menggangu anakanda setelah sekian lama”,kata anak unta tersebut.

“Sebutlah,mungkin ibu ada jawapan untuk persoalan yang tidak terjawab itu”kata ibu si unta ingin membantu.

“Begini bu,anakanda hairan.Apakah kegunaan bonggol di badan kita ini”,tanya anak unta tersebut

“Oh,itu mudah sahaja anakku!Bonggol di atas badan kita digunakkan untuk mengisi air.Dengan bonggol ini ini kita dapat bertahan lebih lama di gurun tanpa air berbanding makhluk lain”,kata Ibu si unta dengan bangga.

“Bagaimana pula dengan kaki kita yang kurus dan panjang ini?”

“Kaki kita yang kurus dan panjang ini banyak kelebihannya.Dengan kaki ini kita akan dapat berjalan dengan lebih mudah di padang pasir.”

“Jadi,mengapa kita mempunyai bulu mata yang panjang dan tebal”

“Yelah,di padang pasirkan anginnya kuat. Bulu mata yang panjang dan tebal ini adalah untuk mengelakkan pasir daripada masuk ke mata”,kata ibu si unta dengan bangga sambil mengelip matanya berulang-kali.

“OWh.Baru saya faham!Bonggol kita adalah digunakan untuk menyimpan air ketika di padang pasir.Kaki kita yang panjang dan kurus pula memudahkan pergerakkan kita di padang pasir.Manakala bulu mata kita yang panjang dan tebal kita pula adalah untuk mengelakkan pasir daripada masuk ke mata ketika di padang pasir.Persoalannya di sini,mengapa kita berada di zoo?”

Pembaca sekalian,moral yang terdapat di dalam cerita ini sungguh menarik.Kelebihan yang ada belum tentu menjamin kejayaan.Contohnya daripada kisah di atas,walaupun si ibu unta begitu bangga dengan kelebihan yang terdapat pada dirimereka,namun begitu kelebihan tersebut sekadar tiada sahaja kerana mereka hidup di zoo dan bukan padang pasir.

Kisah ini dapat memberi pengajaran yang mendalam kepada kita.Walaupun kita mempunyai pelbagai ilmu pengetahuan yang banyak,namun jika tidak dipraktikkan ianya menjadi sia-sia sahaja.Contohnya seperti kita bekerja sebagai pemotong pokok kayu balak.Kita mempunyai gergaji yang canggih,tetapi jika kita tidak menggunakkannya ,dan sekadar menggunakan kapak,gergaji canggih yang terdapat padanya menjadi sia-sia.Kelebihan yang ada haruslah digunakan dengan sebaiknya.Kita mungkin telah membaca pelbagai jenis buku.Dan kita pun mungkin telah menghadiri pelbagai seminar -seminar.Tetapi jika kita mengaplikasikannya ilmu yang kita dapat,ianya menjadi sia-sia.Dengan sekadar menyimpan ilmu tersebut di minda tidak akan menjadikan kita hebat. Mempraktikannyalah baru menjadikan kita hebat.

Seperti dalam Islam selalu berkata,”Ilmu tanpa amal adalah sia-sia”.Jadi,jangan bazirkan ilmu yang diperolehi,Jangan membazirkan kelebihan yang terdapat pada diri kita.Gunakanlah mereka dengan sebaiknya.Just do it.

Saturday, July 14, 2007

Demam VS minda

Hari ini saya ingin kongsi sebuah tip bagaimana untuk jarang demam bagi sesipa yang selalu demam.Tip ini hanya menggunakan minda sahaja dan tidak memerlukan perkakas lain.

Tentu kita pernah lihat seseorang yang mudah sakit dan seseorang yang jarang sakit.Ada yang bila terkena setitik atau dua titik air hujan terus demam,tetapi ada pula yang siap boleh mandi hujan namun tidak pula demam.Masih ingat ketika kecil selalu mandi hujan?Bagaimana semua ini berlaku?Ini disebabkan minda kita sendiri.IngatMinda.

Kita sendiri yang telah mensetkan minda kita.Kita katakan pada minda jika kena air hujan setitik atau dua titik maka akan terus demam ,maka seperti biasa minda pun menuruti arahan tersebut tanpa menapisnya.Akibatnya bila kita terkena sedikit sahaja setitik atau dua titik hujan kita akan terus demam.

Secara jujurnya,kalau kita perhatikan bagaimankah kita boleh demam.Kebanyakkan daripada kita akan menyalahkan air hujan.Jika dilihat betul-betul,apa yang terdapat pada air hujan?Sama sahaja kalau dibandingkan dengan air biasa yanga selalu kita gunakan untuk mandi.Jika kita kata air hujan tersebut mempunyai bahan kimia,air harian yang digunakan untuk mandi juga mempunyai bahan kimia.

Jadi pada yang selalu demam,kaji semula minda yang anda setkan.Jika sebelum ini apa yang anda setkan salah,ubahkannya sekarang.Katakan tidak pada demam..hehe jumpa lagi

Law of Attraction:Harapkan apa yang awak hendak

Kita berjumpa lagi pada hari ini,hari ini saya ingin menulis tentang law of attraction.Apa itu law of attraction(LOA)?

LOA merupakan satu teori yang baru yang belum disahkan.Namun begitu,ia semakin mendapat tempat dihati ramai peminat kebelakangan ini.Ia merupakan teori tentang perasaan,emosi,perkataan yang diucapkan yang mana akan mempengaruhi hidup seseorang.Teori ini menceritakan tentang kemampuan minda (secara sedar atau tidak),emosi,perkataan yang digunakan,kepercayaan yang mampu menarik sesuatu perkara.

Faktor-faktor tersebut menarik sesuatu perkara penghasilan sesuatu resonans tenaga yang bergetar.Teori LOA ini menyatakan kita manarik sesuatu perkara berdasarkan apa yang kita fikirkan.Secara mudah,contohnya kita ingin melihat rancangan di TV3.Oleh itu,frekuensi dan resonansnya mestilah selari dengan pemancar yang dipancar.Dengan membuat demikin,barulah rancangan TV3 dapat ditonton.Cuba bayangkan jika frekuensinya tidak sama?Sudah tentu hasilnya berlainan.Ini bermaksud dalam mendapat sesuatu yang kita inginkan,kita haruslah berfikir mengikut frekuensi tersebut.Fikiran yang positif akan menarik perkara yang positif.Jadi ini bermaksud fikiran kita lah yang menentukan perjalanan hidup kita.

Prinsip yang digunakan
.

Menurut LOa,fikiran mempunya tenaga dan menarik tenaga.Dan untuk mengawal tenaga ini,seseorang haruslah mengikut langkah yang ditetapkan.Langkah0langkah yang digunaka mudah sahaja dan pasti dapat diikuti.
1.Tahu apa yang ingin dicapai atau dapat ,dan mula ASK.
2.Fokus pada perasaan-perasaan yang positif.
3.Rasai.
3.Terima.


Jadi mulai hari ini,tanya pada diri ini apa yang ingin dimiliki?You can get what u want walaupun buat masa ini anda tidak tahu bagaimana untuk mendapatkannya.Berfikiran positiflah sentiasa.The way will be show.

Wednesday, July 11, 2007

Blueprint anda?

Alamak..hari rasa malas lah nak tulis.macam mana nak atasi masalah ini.How-how?

Huhu,Takpe..saya ada teringat satu quote ada menyatakan.."lawan perasaan malas ,jika pada satu ketika kita berasa amat malas sangat just teruskan.Keep going sehinnga perasaan malas itu hilang."

Hari ini saya nak bercakap tentang sesuatu perkara perlu berlaku dua kali.Confius?Macam mana sesuatu perkara boleh berlaku sebanyak dua kali.Padahal kehidupan kita selalunya berlaku sekali sahaja.

Ok,saya bagi satu analogi mudah,apabila seorang arkitek hendak membuat rumah perkara yang pertama akan dibuatnya adalah membuat plan.Betul tak?Sekarang cuba bayangkan jika arkitek tersebut tidak membuat plan rumah tersebut?Hasilnya rumah tersebut mesti terjadi dalam pelbagai rupa yang tak diingini.Semuanya kerana tiada plan.Bangunan cantik yang diminta tetapi pondok buruk yang terhasil.

Kawan-kawan sekalian,sedar tak bahawa perkara tersebut juga berlaku dalam kehidupan kita.Kita mengimpikan sesuatu yang indah.Tetapi pernah tak kita medesign bentuk bangunan kita?Pernah tak kita menyiapkan bentuk bangunan akhir yang kita kehendaki?

Akhirnya,hasil yang kita akan dapat adalah seperti rumah pondok yang dibina sesuka hati.

Jadi mulai hari ini,mari kta design blueprint kita.Ingat,kita merupakan arkitek di dalam diri kita.

Monday, July 9, 2007

Soalan dengan Dr Fadzley

Beberapa hari yang lepas saya ada berjumap dengan Dr Fadzley.Kenal tak?Ala abang asmara....asmara ini yang .....tetapi sekarang mula menjadi motivator yan g terkenal di negara kita.Selain itu,beliau juga mempunyai produknya sendiri.Kat mana tu terpaksa saya rahsiakan..

Di tempat tersebut terdapat satu produknya yang saya amat berminat.Iaitu spray aura minda.Untuk minda lah....dipendekkan cerita dia ada bertanya soalan untuk semua dan dia berkata(tak silap saya) nak beri spray tersebut.

Apa lagi,setelah mendengar dia berkata demikian saya semakin bersemangatlah nak jawab.Nak tahu soalan dia.Lebih kurang macam nilah soalan and jawapan dia.

Dia tunjukkan sebotol air mineral yang berisi separuh air and suruh kita pilih yang mana pendapat kita.

Apakah pendapat anda tentang botol ini?

A air separuh sudah diminum(keluar)
B separuh air yang masih tinggal
C separuh air
D separuh dah diminum(keluar) dan separuh yang tinggal


Nak tahu apa kata beliau?
Mengikit kajian....
A-seorang yang berfikir negatif.Namun begitu ada kebaikkannya,hal ini kerana orang tersebut sentiasa berfikir apa-apa yang buruk dahulu sebelum membuat sesuatu.

B-hehe ini jawapan diberi saya.Nampaknya saya seorang sahaja mengangkat tangan untuk jawapan ini.Kemudian,beliau memanggil saya ke depan.Pada masa ini saya berasa saya mempunyai harapan untuk mendapat spray ini.Yelahkan saya seorang je beliau panggil.

Beliau bertanyalah kenapa saya memilih jawapan tersebut.Saya katalah saya suka melihat pada aspek yang masih tinggal.Kita mesti bersyukur dengan apa yang ada.Look forward.Past is past.

Nak tahu apa yang beliau cakap.Maybe saya akan ingat selamanya.

Orang b adalah orang yang sentiasa positif.(Dalam hati saya senyumlah)Namun begitu,dia sentiasa menganggap dia sahaja yang betul.Tidak mahu menerima pendapat orang dan kadangkala akan menyebabkan perbuatan dia tersebut mejengkelkan.(aduh kata hati saya...alamak).

Tapi takpe,saya buat macam biasa je kat situ,semuanya kerana spray.huhu..Spray tu harga RM68 tau.

C-minta maaflar,saya dah lupa jawap apa yang Dr cakap.

D-seorang yang tidak berpendirian.Orang jenis ini,berdiri atas parga.


Dipendekkan cerita,adakah saya dapat spray tersebut?

Hmm tidak dapat.Memanglah dia nak beri,tapi untuk semua rasa..aduh terkena saya.Tapi tidak mengapa...at least i can to with Dr Fadzley.

Time for kuliah..bye

Sunday, July 8, 2007

Jelas seperti air laut

Yahoo.Kuliah start kembali.Alamak nampaknya saya akan mula busy.But,i hope i can still continue my momentum ini(maksud saya menulis bolg ini..)haha..

Why?Walaupun menulis bolg ini agak tidak penting bagi sesetengah orang,tetapi bagi saya perkara ini amatlah berharga..Ingat step by step.Langkah demi langkah?

Blog ini merupakan step by step saya ke arah kejayaan ataupun matlamat yang diimpikan.Blog ini akan menjadi satu platform dalam merealisasikan impian saya.Jadi bagaimana saya mampu mempunyai momentum ini?Menulis bolg walaupun saya akan sibuk nanti dengan waktu pembelajaran?

Jawapannya mudah sahaja...sebab saya mula nampak jelas matlamat saya.Sebelum ini apa yang saya nampak adalah agak samar-samar.Tetapi nampaklah jugak.

Jadi mulai hari ini,jelaskan matlamat anda.Biar ianya sejelas seperti air laut yang bersih.Melalui air laut yang bersih itu anda mampu nampak keindahan di bawahnya.Ikan-ikan sedang berenang,batu karang yang mengagumkan.Serta pelbagai lagi hasil laut yang cukup cantik dipandang.

Jadi...apa tunggu lagi...work for it..make you dream as clear as possible sehinggakan awak mampu nampak impian awak...salam..time for kuliah...

Thursday, July 5, 2007

What is Action?

Apakah maksud TINDAKAN?
Tindakan memberi makna yang pelbagai jika dilihat daripada pelbagai perspektif.Kadangkala tindakan dianggap sesuatu yang membosan.Ia perlu dilakukan mendapatkan hasil.Tindakan membuat kita berasa kurang semangat kerana matlamat tidak dapat dicapai dengan mudah.Namum begitu,takrif tindakan akan memberi kita cas-cas yang positif dan semangat yang membara jika kita melihat dari sudut yang betul.


Mari kita lihat maksud TINDAKAN:

Maksud tindakan bagi saya adalah:
1.Sesuatu perbuatan.

2.Sesuatu gerak kerja yang dilakukan untuk mencapai matlamat.

3.Sesuatu usaha yang disalurkan untuk berjaya.

4.Sesuatu yang mendekatkan saya dengan matlamat

5.Proses kejayaan.

6.Proses yang membuat saya lebih matang dalam mencari cara untuk mencapai kejayaan.


Sekarang fikirkan maksud TINDAKAN bagi diri anda.Fikirkan sesuatu yang menarik.Berikan pelbagai maksud TINDAKAN kepada anda.Apabila ada sesuatu negatif terlintas di minda anda,fikrkan apa maksud TINDAKAN yang sesuai pada masa tersebut.Ini penting supaya anda sentiasa bersemangat tinggi dan sentiasa fokus untuk mendapatkan matlamat.Hampir keseluruhan proses untuk mendapatkan impian anda adalah terletak pada tindakan.Jadi ubahlah perspektif anda kepada makna TINDAKAN.TINDAKAN adalah sesuatu yang menarik jika kita melihat daripada sudut yang berbeza.

So,what is TINDAKAN for you?

Langkah kura-kura

Pernahtak kita terfikir bahawa kita tampak terlalu jauh daripada matlamat kita.Usahkan dapat pegang sedikit matlamat kita,bau pun tidak.Perkara ini menyebabkan kita menjadi semakin hilang semangat.Kita berasa langkah kita terlalu kecil.Ya terlalu kecil.Tetapi ingatlah,inilah kehidupan,langkah kita adalah kecil.Mungkin kadangkala kita akan mendapat melangkah dengan besar.tetapi selalunya langkah kita adalh kecil sahaja.

Hayatilah kisah ini,selamat kembali pada zaman kanak-kanak.
Semasa kecil kita mesti kita pernah dengar kisah perlumbaan arnab dan kura-kura.Seperti yang kita tahu kura-kura adalah haiwan yang bergerak perlahan.Manakala arnab di dalam cerita tersebut merupak haiwan yang berlari laju tetapi sombong.Walaupun hakikatnya perlawanan itu dapat dijangkakan siapa pemenangnya,namun kura-kura tersebut tidak berputus asa.Kura-kura tersebut terus melangkah satu demi satu walaupun tapaknya kecil.Akhirnya berkat kesabarannya kura-kura tersebut telah berjaya memotong arnab.Arnab ketika waktu tersebut sedang berehat kerana terlalu memandang rendah kepada kura-kura.Hasilnya arnab lupa kepada matlamatnya untuk menamatkan perlawanan.Arnab lupa bahawa dia perlu menamatkan perlawanan tersebut kerana pada pandangannya kura-kura adalah terlalu mustahil untuk menang.Dek kerana terlupa pada matlamatnya,ini telah memberi kemenangan kepada kura-kura.Tetapi kita harus ingat,jika kura-kura tidak terus melangkah dan berehat seperti arnab adakah dia akan menang?Tentunya tidak,kura-kura menang sebab dia terus melangkah,walaupun langkahnya kecil tetapi dia terus melangkah.Pada hari ini,namanya begitu gah jika kita kaitkan dengan cerita tersebut.

Begitu juga dengan kehidupan kita,biasanya perjalanan kita berlalu perlahan.Matlamat kita kelihatan begitu jauh.Sehinggakan tak dapat langsung mata untuk nampak bayang-bayang pehujungnya.Tetapi kita harus tahu,kita perlu sedar,kita perlu mengambil langkah kecil ini satu demi satu untuk berjaya.


Oleh itu,hari ini,teruskan sahaja usaha anda.Jangan bimbang dan hanya teruskan langkah kecil anda itu.Percaya pada diri,kejayaan akan datang jua.Terus berusaha dan terus mara ke hadapan.Langkahlah satu demi satu seperti langkah kura-kura di atas yang terus gigih tanpa mengenal kepayahan.Ingat kejayaan bukan magik yang ada begitu sahaja tetapi ianya bermula dengan langkah kecil yant terus melangkah.

Wednesday, July 4, 2007

Menetapkan matlamat

Sebenarnya formula kejayaan bukanlah lagi rahsia.Ramai pakar-pakar telah menemuinya dan ianya tidaklah sesusah mana.Langkah -langkah formula kejayaan adalah sangat mudah dan ia boleh diulang beberapa kali untuk kejayaan yang lain.Namun begitu,ia masih memerlukan semangat juang yang tinggi dan komitmen yang berterusan.Jadi adakh anda sudah bersedia untuk membuat sejarah dalam hidup anda?Mari kita lihat formula tersebut.

Formula kejayaan
1.Kenalpasti matlamat anda.

2.Bertindak ke arah matlamat.

3.Kenalpasti hasil.

Langkah-langkah ini hanya memerlukan 3 langkah sahaja.Namun begitu ianya bukan berturutan dan tamat begitu sahaja ataupun statik.Ianya sentiasa berubah-ubah sehingga matlamat akhir tercapai.Langkah 2 akan sentiasa diulang jika langkah 3 hasilnya tidak memuaskan dan tidak sama seperti yang diharapkan.Langkah 2 dan 3 akan sentiasa sahaja berulang supaya akhirnya pengguna formula ini berjaya mencapai sesuatu jalan yang mengarahnya ke matlamat dan seterusnya merealisasikan sebuah kejayaan.


Rumusan mudah.

Formula ini bolehlah diumpamakan seperti seorang pemburu yang bersenapang yang ingin memburu rusa.Dia mengenal pasti matlamatnya iaitu untuk menangkap rusa.Dia bertindak ke arah matlamatnya iaitu dengan menembak rusa tersebut.Kemudian mengenalpasti hasilnya iaitu melihat adakah beliau berjaya menembak rusa tersebut.Jika gagal dia akan mengulang dengan bertindak semula ke atas matlamatnya iaitu dengan menembak semula rusa tersebut.Langkah-langkah ini berterusan sehingga dia berjaya mencapai matlamatnya iaitu menangkap rusa.


Langkah-langkah mengenal pasti matlamat.

Langkah 1:Apa yang anda mahu di dalam kehidupan ini?

Ambil pen dan tulis apa yang anda mahu di dalam hidup ni.Jangan risau atau fikirkan sama ada perkara tersebut mustahil atauun tidak.Tiada batasan impian anda dalam proses ini.Tulis seberapa banyak yang anda mahu.Bayangkan jika tiada apa-apa yang dapat menghalang awak dan awak mempunyai semua ciri yang diperlukan untuk impian anda apa yang anda impikan.Hanya tulis sekarang ini.Jangan biarkan minda anda berkata no way man.


Langkah 2:Mengaudit impian anda

Ok sekarang tibalah masa untuk mengaudit impian anda.Menentukan yang mana boleh dicapai dan yang mana tidak boleh dicapai.Jika impian anda meletakkan ingin memeliki 5 buah rumah sewa.Perkara tersebut boleh dicapai.Tetapi jika impian anda adalah ingin mempunyai kuasa seperti spideman,perkara tersebut agak mustahil melainkan anda digigit labah-labah seperti mana yang terdapat dalam jalan cerita tersebut.Jadi pada bahagian ini ,asingkan matlamat anda perkara pada yang boleh direalisasikan dan perkara yang sekadar fantasi.

Langkah 3:Meletakkan keutamaan matlamat anda.

Seterusnya pilih matlamat yang anda ingin capai dan beri keutamaan kepada matlamat yang mana lebih penting.Disini bukan bermaksud anda tidak akan mengejar matlamat kurang penting inidan seterusnya membuang matlamat anda jauh-jauh.Tujuan disini adalah untuk menentukan apa yang penting bagi anda.Jadi disini bermakna selepas proses ini,impian yang anda senaraikan ini adalah impian yang penting.Dengan membuat sepeti ini,minda anda akan lebih fokus.Anda boleh menetapkan impian lain setelah mencapai impian yang anda anggap penting ini.

Contohnya disini,anda meletakkan impian anda adalah ingin menjadi ahli sukan yang berjaya dan ceo yang pandai mengurus pada masa yang sama.Logik tak matlamat kita? Memanglah tidak mustahil,tetapi perkara ini hampir jarang berlaku.Hal ini kerana jika anda ingin berjaya di dalam bidang sukan,anda mestilah mencurah masa untuk berlatih,masa untuk menyertai perlawanan.Dan sudah tentunya anda akan tidak mempunyai masa untuk pekerja-pekerja syarikat yang amat memerlukan anda.Jadi di sini.masalah yang utama adalah masa.

Oleh sebab itulah pentingnya mengetahui matlamat yang menjadi keutamaan kepada diri anda.

Langkah 4:Menilai impian anda.

Setelah anda meletakkan keutamaan pada impian anda,tiba masa untuk menilaikannya.

1.Adakah impian anda saling bertentangan?

Lihat sama ada impian anda bertentangan antara satu sama lain ataupun tidak.

Contohnya jika impian anda adalah untuk mencapai
a.RM50000 di dalam akaun bank anda.
b.melancong sepuas-puasnya serata dunia selagi ada simpanan

2 impian dia atas didapati bertentangan antara satu sama lain.Yalah,masakan impian anda a akan tercapai selagi anda menggunakan wang simpanan anda habis-habisan.

Oleh itu,jika terdapat matlamat yang saling bertentangan,cuba ubah suainya ataupun jika tidak, singkirkan ia buat sementara waktu.Mungkin anda boleh mencapai setelah satu matlamat lain tercapai.

Contohnya ,anda mungkin dapat melaksanakan b setelah impian a anda tercapai.

2.Tentukan berapa masa yang diambil untuk mencapai impian tersebut.

Bahagikan impian anda kepada 3 bahagian.1 tahun-untuk impian jangka pendek,3 tahun-untuk impian jangka masa sederhana dan seterusnya 10 tahun -untuk impian jangka panjang.
Jika impian anda kesemuanya jangka panjang,kembali semula kepada langjah 1 dalam mengenalpasti matlamat dan masukkan matlamat jangka masa pendek dan sederhana anda.

Perkara ini penting supaya ia dapat memberitahu minda anda langkah demi langkah dalam mencapai impian anda.

Contohnya jika matlamat anda jangka masa panjang anda adalah mempunyai 20 rumah sewa.Mungkin untuk matlamat jangka pendek,anda boleh meletakkan mempunyai sebuah rumah sewa.Manakala untuk jangka masa sederhana,anda bolehlah menulis untuk mempunyai 5 rumah sewa.

Letakkan ia mengikut logik kemampuan anda.Bukan orang lain yang menentukan.Anda sendiri yang akan merelisasikannya.Biarkan minda anda sedar kini bahawa anda mampu.Jadi minda tidak akan mencari alasan lain.Ini sebab anda sendiri telah menerangkan langkah-langkah yang mendalam ke arah mencapai matlamat anda.

Langkah 5:Membuat KAD untuk matlamat anda.

Sekarang cari kad dan tulis matlamat yang ingin dicapai anda dalam masa setahun.Saiz kad ini mestilah sesuai kepada anda kerana anda akan melihatnya selalu.

Syarat-syarat bahasa yang digunakan dalam KAD matlamat ini.

1.Guna kata ganti diri.Jangan sekadar menulis matlamat anda sahaja.
Contohnya:Aku,saya,diri ini atau pelbagai lagi yang mewakili anda.

2.Gunakan perkataan seolah-olah anda telah mencapainya.
Contohnya:Sekarang saya mempunyai,Pendapatan saya sekarang ialah

3.Elakkan prasa yang yang negatif.Gantikannya dengan prasa yang berbentuk positif.
Contohnya:Aku kini tidak mahu muflis lagi.Gantikan ayat ini dengan.Syarikat aku kini maju dan tersenarai di BSKL.(matlamat-melihat syarikat tersenarai di BSKL)

4.Pastikan impian anda ditulis dalam ayat yang pendek.Ini memudahkan anda untuk membacanya.


Langkah 5:Proses dalaman

Letakkan kad matlamat anda di mana anda mudah lihat.Di dalam dompet.Di depan cermin.Di atas meja belajar.Lihat kad anda ini selalu.Semakin kerap semakin baik.

Selalu nyatakan bahawa impian anda akan tercapai.Nyatakan pada diri anda,anda adalah hebat.Halangan yang menghalang anda adalah kecil sahaja.Anda berhak mencapai matlamat anda.

Gunakan minda anda untuk membayangkan matlamat anda sudah tercapai.Apakah perasaan anda ketika matlamat tersebut tercapai?Bagaimana anda bertindak ketika itu.Bayangkan setepat-tepatnya.

Ulang proses ini berulang-ulang kali sehingga matlamat anda tercapai.

Apa makna kejayaan?Dan mengapa kita kita hanya perlu berfikir tentang kejayaan

Kejayaan merupakan sesuatu perkataan bila kita sebut perassan kita berasa gembira.Tetapi apa makna kejayaan kepada kita?Pernah kita terfikirkannya?

Cuba uji ujian mudah ini.Jumpa 10 orang dan tanya apakah makna kejayaan.Kemudian pada orang yang sama tanya makna apa itu kegagalan.

Apakah jawapannya?
Hampir semua mempunyai takrif kejayaan yang berbeza.Ada yang kata kejayaan ialah bila kita berjaya menjadi nombor satu di dalam industri kita.Ada yang berkata kejayaan ialah bila kita berjaya mendapat RM 1juta.Ada yang berkata mendapat anak merupakan kejayaan.Pelbagai takrif diberikan kepada kejayaan.

Dan untuk takrif kegagalan,saya pasti ramai yang memberi takrif yang hampir sama.Kegagalan ialah gagal mendapat sesuatu.

Jadi mengapa kita harus berfikir tentang kegagalan?Takrif kegagalan sama sahaja untuk semua orang.Tetapi berfikirlah apa makna kejayaan kepada kita.Kerana takrifnya berbeza untuk setiap oraang.Mendapat RM 1 juta mungkin dianggap sudah berjaya untuk sesetengah orang,tetapi ada orang menggangap itu masih sedikit.Mereka menganggap RM1 billion barulah dianggap kejayaan.

Oleh itu,fikirkan makna kejayaan kepada anda?Takrif kegagalan sama sahaja dimana-mana.

Untuk berjaya mulakan...

Tindakan merupakan suatu perkara yang penting.Walaupun kita mempunyai matlamat,tetapi tiada sebarang tindakan yang disusuli,matlamat kita hanya menjadi sia-sia sahaja.Oleh itu untuk berjaya,mulakan

Pernahkah kita mendengar,perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama?Semua orang yang telah berjaya di dunia ini telah mengambil langkah yang pertama.Mereka mengambil tindakan.Jadi,jika kita ingin menjadi sepeti mereka maka kita juga haruslah berani mengambil langkah yang pertama,iaitu mengambil tindakan.Biasanya langkah pertamalah yang menjadi perkara yang agak sukar,tetapi percayalah sekali kita melangkah kita akan lebih mudah lagi untuk melangkah.Tindakan kita seterusnya akan tampak lebih mudah lagi.

Selagi kita tidak mengambil langkah kita tidak akan tahu,contohnya Thomas Edison telah mengambil langkah yang pertama.Dan hasilnya selepas beribu-ribu langkah beliau ambil,beliau telah menghasilkan elektrik.Cuba bayangkan jika dia tidak mengambil langkah yang pertama?Sudah tentunya tidak wujudnya langkah kedua,ketiga dan seterusnya.

Jadi untuk berjaya bertindaklah.Ambil langkah pertama anda.Setkan minda anda,bahawa untuk berjaya anda perlu bertindak.Beritahu dan terus beritahu.Dengan ini minda anda akan sedar seterusnya memberi sesuatu tenaga kepada anda untuk kearah kejayaan.Oleh itu,untuk berjaya mulakan...

Tuesday, July 3, 2007

Mengapa perlu menulis Goal?

Mengapa?Kerana sejarah telah mengajar kita.

Satu kajian di Yale telah diadakan untuk menentukan peratus pelajar yang menulis impian mereka.didapati hanya 3% sahaja daripada mereka menetapkan matlamat dan 97%yidak melatakkan matlamat.Hasilnya selepas beberapa tahun didapati 3% golongan ini lebih berjaya daripada 97% golonga yang tidak menetapkam matlamat.
Masih tidak puas hati?

Kajian kes di Malaysia.
Irfan Khairi,iaitu merupaka seorang pakar internet di Malaysia telah menetapkan matlamat ingin menjadi jutawan sebelum dia berumur 30 tahun.Beliau telah melatakkan matlamat tersebut ketika beliau berumur 18 tahun.Beliau menyimpan matlamat beliau di dalam dompet beliau.Hasilnya?Beliau telah berjaya menjadi jutawan pada usia yang cukup muda iaitu 25 tahun.


Menulis matlamat umpama pemandu kapal terbang yang tahu destinasinya.Pernah tak kita menaiki kapal terbang?Setiap kapal terbang mempunyai pemandu kapal terbangnya masing-masing.Dan yang paling penting,mereka tahu kemana destinasi.Dengan demikian mereka akan tahu di mana mereka akan mendarat,mereka akan tahu adakah cuaca mengizinkan atau tidak.Adakah jumlah minyak yang diperlukan mencukupi.Semua perkara ini perlu diambil tahu oleh pemandu kapal terbang berdasarkan destinasi mereka.Jika tidak tentu kita tidak akan tersampai ke destinasi kita.

Jika pemandu tersebut tidak tahu destinasi yang hendak ditujui,tentu kita tidak akan sampai destinasi tersebut.Ataupun kita mungkin terapung di udara kerana pemandu tidak tahu di mana hendak mendarat.Ataupun kapal terbang mungkin terhempas kerana telah kehabisan minyak.Segala-galanya kerana pemandu kapal terbang yang tidak tahu destinasinya.

Begitu juga dengan kehidupan kita,destinasi tadi adalah bersamaan denagn matlamat kita.Denagn menulis matlamat,kita tidak akan sesat.Dengan menulis matlamat kita tidak akan keliru.Dan yang paling penting sekali dengan matlamat,kita akan dapat bersedia dengan cabaran yang mendatang.

Dengan menulis matlamat akan membuatkan minda kita sedar kita mempunyai sesuatu yang perlu dikejar.Dengan menulis matlamat akan membuat minda lebih fokus.Dengan menulis matlamat akan memberitahu minda anda bahawa anda adalah serius.

Jadi mulakan menulis matlamat anda sekarang.Anda merupan pemandu kapal terbang untuk pesawat anda.

Matlamat yang tinggi

Pernahkah kita berada pada suatu keadaan di mana kita berasa malas untuk melakukan sesuatu yang mengarah kita kepada matlamat kita?Ataupun pernah tak kita merasa kita seakan-akan hilang momentum untuk bertindak setelah beberapa ketika berusaha?

Bagaimana semua ini berlaku?Kita tidak langsung bersemangat untuk melakukan sesuatu padahal kita tahu kita mempunyai matlamat.

Saya sendiri pun juga pernah mengalami keadaan tersebut.

Hal ini kerana kita meletakkan matlamat kita terlalu tinggi.Menyebabkan minda kita berkata matlamat tersebut adalah mustahil.Dan seterusnya apabila ini berlaku ,kita kehilangan mood untuk melakukannya.Tenaga kita menjadi lesu ,keghairahan kita mula semakin malap sedikit demi sedikit.

Adakah kita membiarkan sahaja?Apa yang perlu dilakukan adalah menetapkan matlamat yang boleh dicapai.Matlamat yang tidak terlalu senang ataupun matlamat yang seakan mustahil.Dengan membuat demikian kita akan lebih berasa puas apabila berjaya melakuakan matlamat sedemikian.Ini akan menyebabkan keyakinan kita semakin bertambah
Memang tidak salahnya meletakkan matlamat yang tinggi.Tetapi ingat,minda haruslah diyakin dahulu.Matlamat yang tinggi memerlukan komitmen yang tinggi.

Sesuatu matlamat itu mestilah realistik.Contohnya jika kita bercadang menjadi jurutera,kita haruslah menempuh masa kira-kira 4 tahun belajar di universiti.Kita tidak mampu menamatkan pengajian dalam 1 tahun jika matlamat kita menyatakan sedemikian.Perkara tersebut seakan mustahil,melainkan anda merupakan genius.

Sedikit tip daripada Anthony Robbins,tetapkan dua perkara yang yang anda ingin lakukan.Pastikan satu matlamat itu mudah dan satu matlamat lagi yang agak sukar tetapi bukan mustahil.Kemudian mula bertindak untuk merealisasikannya.

Proses dalam menentukan sesuatu matlamat adalah penting.Oleh itu,tentukan matlamat yang baik tetapi tidak mustahil.

Monday, July 2, 2007

Tuesday, June 12, 2007

Menarik,mengagumkan

Pernah tak kita berada dalam situasi di mana kita rasa bertenaga,kita rasa mampu meharungi apa jua cabaran dan yang paling penting kita berasa kita mampu menlakukan apa sahaja yang kita buat pada hari tersebut?

Dan pernahkah juga anda berada keadaan di mana pada hari tersebut berlalu dengan lambat,anda berasa lemah dan rasa tiada apa-apa yang berfaedah lakukan?

Bagaimana perkara ini boleh berlaku?Sebenarnya ini semua peranan minda.Minda yang menentukan apakah hari tersebut hari yang BERTENAGA ataupun hari tersebut merupan hari yang paling bosan dalam kehidupan anda.Minda umpama alat control diri anda.Jika tune yang ditekan A maka A lah jawabnya,tetapi jika B yang ditekan,maka B lah jawabnya.

Jadi bagaimana hendak mendapat minda yang dahagakan CABARAN tersebut?

Apakata tengok video clip ini?

Sunday, June 10, 2007

Game bola




Games at Miniclip.com - Mini Soccer
Mini Soccer

Play friendlies or compete in a tournament to win.

Play this free game now!!

Rahsia Berjaya

Assalamualaikum...

Hari ini saya ingin berkongsi satu rahsia yang membuat anda hebat.Rahsianya simple sahaja.TINDAKAN.Ya,bendanya tampak mudah sahaja kalau diucapkan,tetapi berapa ramai sanggup melakukannya.

Kita senang cakap apa yang perlu dilakukan,tetapi sebenarnya mampu kita lakukan jika diminta melakukannya?

Contohnya mudah sahaja.Ramai cakap kalau nak jadi jutawan melaburlah di dalam hartanah.Hartanah mampu memberikan kita pulangan yang positif dan menguntungkan.Hmm.senangnya cakap.Tetapi berapa ramai sanggup melakukannya?

Itu yang membezakan seorang yang berjaya dengan orang biasa.Kalau anda hendak berjaya dalam pelajaran pula tindakan anda adalah belajar bersungu-sungguh.Buat peta minda.Hafal apa yang patut.Buat soalan-soalan peperiksaan.Bukan hanya sekadar bercakap sahaja.

Jadi mulai hari ini,mari kita membuat TINDAKAN ke arah kejayaan bukan sekadar sembang kosong sahaja.

Tuesday, June 5, 2007

Siapa nak jawab?

Assalamualaimkum…semalam saya terjumpa satu artikel yang menarik daripada bulletin friendster kawan saya.Jadi di sini saya ingin berkongsi dengan anda.Soalannya simple sahaja.Anda dah bersedia?

Anda sedang membawa kereta anda.Seperti biasa,pada masa tersebut anda masih lagi bujang.Oleh itu,kereta anda hanya mempunyai dua tempat duduk sahaja.Biasalah kereta sport.

Waktu tersebut cuaca adalah-hujan turun dengan lebat dan kilat saling sabung-menyabung.Anda melalui satu perhentian bas di mana di situ anda ternampak tiga orang sedang menunggu bas.orang tersebut adalah:

1.Seorang perempuan tua yang sedang sakit tenat dan perlu dihantar kepada hospital secepat mungkin.

2.Seorang lelaki tua yang pernah menyelamatkan nyawa anda.

3.Seorang perempuan muda yang merupakan gadis/lelaki impian anda yang selama ini anda tercari-cari.

Apakah anda lakukan?Fikir betul-betul.

5
4
3
2
1

Sebenarnya soalan ini ada digunakan didalam temuduga.
Soalan ini melibatkan etika delima sebenarnya.

Anda memilih perempuan tua kerana perempuan tua itu sakit.
Anda memilih lelaki tua kerana lelaki tersebut pernah menyelamatkan nyawa anda.
Ataupun anda memilih gadis/lelaki idaman anda kerana jarang kita menemuinya.

Untuk kes ini,antara 200 orang yang menghadiri temuduga tersebut ada seorang telah memberi jawapan.

Dia akan memberi kunci kereta dia kepada kawan lelaki tua, supaya dia dapat membawa perempuan tua yang sakit ke hospital.Manakala pula dia akan menunggu di situ bersama-sama dengan gadis idaman dia.

Dan orang tersebut berjaya dan mendapat pekerjaan tersebut.You ara hire.

Jawapan anda tidak sama?Hal ini kerana kita telah melatakkan batasan di dalam minda kita.Kita telah meletakkan bahawa hanya ada satu cara sahaja,iaitu kita hanya boleh memilih sahaja.Sebenarnya otak kita mampu mencari apa sahaja penyelesaian.Jangan letak limitation di dalam minda anda.Think out the box sepeti yang dilakukan orang tersebut.Anda adalah HEBAT sebenarnya.

Jadi,saya harap anda enjoy dengan soalan tadi..See you!

Monday, June 4, 2007

Just ASK

Kita sambung balik apa yang saya baca dalam The Secret.Untuk pengetahuan anda kini buku The Secret boleh didapati di banyak kedai,kebanyakan kedai Popular juga turut menjual buku ini dengan harga RM61.50.

Menurut The Secret,anda hanya perlu meminta(ask) apa yang anda hendak.Anda tidak perlu berfikir bagaimana untuk mendapatkannya.Hal ini kerana,perkara ini akan dilakukan sendiri oleh Alam Semesta tanpa anda sedar.Alam Semestalah yang akan memainkan peranan untuk menjadikan benda yang anda minta itu menjadi realiti.Alam semestalah akan membuatkan perkara yang agak mustahil pada fikiran anda menjadi kenyataan.

Jadi mulai hari ini,apa yang perlu anda lakukan adalah meminta.Jangan fikirkan bagaimana ianya terjadi.So,Just ASK and let rhe REST TO THE UNIVERSAL.

Apa yang penting di sini anda mestilah yakin bahawa benda ini akan terjadi.Ingat semua ini adalh dengan izinNya.Selamat mencuba.



Jin Ajaib

Hari ni saya pergi ke popular…hehe…hendak mencari buku kuasa minda separa sedar oleh Mohd Rozani Pawan Chek.Saya ingin mendalami lagi minda.Memang tak dinafikan bahawa banyak buku orang putih tentang minda.Tetapi ada yang kadang-kadang yang saya baca, saya kurang faham sedikit.Oleh itu saya ingin mengambikil keputusan untuk membaca buku dalam Bahasa Melayu untuk lebih faham.Tetapi di Malaysia tidak banyak buku tentang minda.Yang saya tahu buku Membina Imaginasi Cemerlang oleh Dr Tuah.Saya akan kongsi maklumat dalam buku tu jika saya habis membacanya…(buku kuasa minda separa sedar)

Apa yang saya nak cerita hari ini adalah perkara lain…Saya terlihat tajuk buku “The Secret” di dalam senarai bestselling.Huhu…Saya sudah membacanya.

Saya akan kongsi dengan anda tentang apa yang saya baca.

Menurut maklumat yang terdapat di dalam buku tersebut,otak kita iaitu minda amatlah hebat.Ya…memang hebat.OTAK KITA MAMPU MELAKUKAN APA SAHAJA.

Anologi yang diberikan juga menarik.kita tentu pernah dengar tentang kisah Aladdin yang terjumpa lampu ajaib,dimana di dalamnya terdapat jin yang akan menunaikan apa sahaja permintaan Aladdin.Dalam kisah tersebut kita tahu Aladdin mampu membuat tiga permintaan.

Cuba bayangkan kita sekarang kita berada dalam keadaan tersebut..bestnya….

Apa saya nak beritahu disini,sebenarnya kita juga mempunyai lampu ajaib tersebut.Benda itu adalah minda separa sedar kita.

Ya minta apa sahaja.Sebarang arahan yang dikata anda pada minda anda umpama anda berkata pada jin….Yang JIN MINDA akan kata..YOU WISH IS MY COMMAND

Jadi sekarang mintalah apa sahaja kepada minda anda.Minda anda adalah Jin Ajaib tersebut.

Monday, May 21, 2007

Tip jutawan

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda untuk menjadi jutawan.Saya yakin ramai akan "Ya,that is my dream".Jadi mari hari ini kita tengok tip yang simple sahaja.

Tanpa membuang masa kita pergi ke tip yang pertama.

Melabur ke pada diri anda.

Mengapa?Sebabada satu pepatah kuno mengatakan:

Orang biasa belajar daripada pengalamannya sendiri.
Orang luar biasa belajar daripada pengalaman orang lain.Dan orang bodoh tidak belajar apa-apa pengalaman.

Tentu kita tertanya bagaimana untuk menjadi orang yang luar biasa?
Cara nya adalah mudah.Anda haruslah melabur kepada diri anda dengan membeli buku-buku ,menghadiri seminar dan bertanya kepada orang yang tahu.

Dengan membuat demikian saya yakin anda akan lebih maju beribu-ribu kehadapan daripada orang lain tentang kewangan.

JAdi let invest to ourself.

Friday, May 18, 2007

Mimpikan impian yang hebat

Mimpikan impian yang hebat.Ya,impian yang hebat.Mengapa anda hanya mengharapkan impian kecil sahaja.Ingat,semua impian boleh tercapai.Tidak kira apa benda tersebut.

Mengapa?Dengan mempunyai impian yang besar akan membuat kita lebih bersemangat.Membuat kita tidur lambat dan tidak sabar untuk bangun pada awal-awal pagi lagi kerana asyik dengan impian kita.Impian besar akan kita buat kita asyik.

Impian yang lemah,membuat anda tidak bersemangat.Impian yang lemah membuat anda tidak bertenaga.

Oleh itu sekarang impikan impian yang besar.Impian yang akan membuat seluruh adrenalin anda membara untuk mengejar....Impian yang membuatkan anda BERTENAGA.

Remember....SMALL TIP BUT BIG DIFFRENCE..:D

Impian.............

Assalamualaikum...

Ini adalah kali pertama saya dalam menulis blog.Saya telah mencabar diri saya untuk menulis blog untuk 40 hari.Hari ini merupakan hari pertama cabaran saya.Saya tak tahu apa nak tulis.Tetapi saya percaya saya ada sedikit ilmu untuk dikongsi bersama-sama.

Tips ini mungkin simple sahaja.Tetapi saya percaya tips ini mampu memberi perubahan yang positif dalam hidup anda.

Impian....enam perkataan sahaja untuk mengukaikannya.Tetapi tidak semua impian itu tercapai.Ada yang hendak hendak jadi juruterbang.Ada yang nak jadi doktor.Ada yang nak jadi jutawan...hehe saya seorang daripadanya.

Saya percaya semua ada impian.Biar saya beritahu sesuatu.Segala impian boleh dijadikan kenyataan.Semua impian boleh direalisasikan.Semua impian boleh dijelmakan.Bagaimana?Biarlar rahsia sementara ini.Apa yang penting sekarang tanya pada diri anda,apaka impian anda?Ambil masa untuk memikirnya?Jadi ambil sekeping kertas dan ambil masa untuk tentukan impian anda.


Ingat....Simple tip but it can difFerence your world....