Tuesday, July 3, 2007

Matlamat yang tinggi

Pernahkah kita berada pada suatu keadaan di mana kita berasa malas untuk melakukan sesuatu yang mengarah kita kepada matlamat kita?Ataupun pernah tak kita merasa kita seakan-akan hilang momentum untuk bertindak setelah beberapa ketika berusaha?

Bagaimana semua ini berlaku?Kita tidak langsung bersemangat untuk melakukan sesuatu padahal kita tahu kita mempunyai matlamat.

Saya sendiri pun juga pernah mengalami keadaan tersebut.

Hal ini kerana kita meletakkan matlamat kita terlalu tinggi.Menyebabkan minda kita berkata matlamat tersebut adalah mustahil.Dan seterusnya apabila ini berlaku ,kita kehilangan mood untuk melakukannya.Tenaga kita menjadi lesu ,keghairahan kita mula semakin malap sedikit demi sedikit.

Adakah kita membiarkan sahaja?Apa yang perlu dilakukan adalah menetapkan matlamat yang boleh dicapai.Matlamat yang tidak terlalu senang ataupun matlamat yang seakan mustahil.Dengan membuat demikian kita akan lebih berasa puas apabila berjaya melakuakan matlamat sedemikian.Ini akan menyebabkan keyakinan kita semakin bertambah
Memang tidak salahnya meletakkan matlamat yang tinggi.Tetapi ingat,minda haruslah diyakin dahulu.Matlamat yang tinggi memerlukan komitmen yang tinggi.

Sesuatu matlamat itu mestilah realistik.Contohnya jika kita bercadang menjadi jurutera,kita haruslah menempuh masa kira-kira 4 tahun belajar di universiti.Kita tidak mampu menamatkan pengajian dalam 1 tahun jika matlamat kita menyatakan sedemikian.Perkara tersebut seakan mustahil,melainkan anda merupakan genius.

Sedikit tip daripada Anthony Robbins,tetapkan dua perkara yang yang anda ingin lakukan.Pastikan satu matlamat itu mudah dan satu matlamat lagi yang agak sukar tetapi bukan mustahil.Kemudian mula bertindak untuk merealisasikannya.

Proses dalam menentukan sesuatu matlamat adalah penting.Oleh itu,tentukan matlamat yang baik tetapi tidak mustahil.

No comments: