Wednesday, July 25, 2007

Pilihan

Hidup ini merupakan suatu pilihan.Apabila kita melakukan sesuatu ,sebenarnya kita memilih untuk melakukan perkara tersebut.Contohnya,jika anda pergi ke pejabat untuk bekerja,sebenarnya anda memilih untuk ke sana.Mungkin terdapat faktor lain yang juga mendorong kita ke sana,seperti untuk mencari sesuap nasi.Tetapi yang pastinya kita sendiri yang memilih.Memilih untuk pejabat.Kita juga boleh memilih untuk tidak ke pejabat.Adakah kita perlu ke pejabat untuk mencari sesuap rezeki?Tentu tidak.Kita masih boleh mencari rezeki di rumah.tetapi kita ke pejabat kerana kita yang memilih.Ingat, kerana kita yang memilih keadaan tersebut.Kita yang mencipta keadaan tersebut kerana pilihan kita.

Kita yang berada pada hari ini adalah terhasil daripada pilihan yang dibuat oleh kita yang pada masa lampau.Kita pada hari ini adalah hasil karya yang telah dibentuk daripada pilihan yang dipilih oleh kita pada masa dahulu.Cuba fikir sejenak,jika kita kembali pada masa lampau,cuba bayangkan jika kita memilih untuk melakukan sesuatu yang lain daripada apa yang kita pilih dahulu.Agak-agaklah apa akan terjadi kepada kita?

Kita mesti pernah terdengar beberapa keluhan-keluhan seperti ini."Rugi aku tak beli rumah itu,kalau tak sekarang aku dah jadi jutawan"."Aku menyesal kerana tidak belajar bersungguh-sungguh.Kalau tidak pasti aku sekarang sedang bekerja di tempat yang berhawa dingin.""Kalau aku tahu kain ini mahal,tentunya aku tidak membelinya.Baik aku beli sahaja di tempat lain"

Semua keluhan-keluhan di atas menunjukkan kekesalan kerana tersilap memilih.Jadi apa maksud di sini?Ini bermaksud kita yang membuat pilihan dalam hidup kita.Kita sendiri lah yang memilih masa depan anda.Kita sendiri yang membuat pilihan tersebut.

Tip hari ini.

Apabila anda bangun daripada tidur katakan pada diri,"aku mempunyai 2 pilihan pada hari ini.Pilihan untuk berasa gembira atau pilihan untuk berasa sedih.Jadi aku akan memilih untuk berasa gembira kerana itu akan membuatkan aku bahagia".

Apabila anda menemui sesuatu yang membuatkan anda sedih,katakan "Aku mempunyai 2 pilihan sekarang.Pilihan untuk membiarkan perkara tersebut menjadikan aku terus sedih ataupun pilihan untuk membuang perasaan negatif tersebut.Jadi aku memilih untuk membuang perasaan negatif tersebut kerana dengan membuat demikian aku akan lebih berasa bahagia."

Kesimpulanya di sini,jika anda menemui sesuatu perkara,fikirkannya.Beritahu diri anda mempunyai pilihan.Biar anda sendiri yang menentukan pilihan tersebut.Pilihan anda menentukan masa depan anda.Hidup ini adalah tentang pilihan.

No comments: