Friday, July 20, 2007

kisah si unta

Terdapat dua unta sedang berehat.Ibu unta dan anaknya.Sejak daripada pagi lagi wajah anak si unta kelihatan muram.Melihat anaknya yang kelihatan sunggul,ibu si unta pun bertanya kepada anaknya,”Anakku,ibu lihat kamu kelihatan sedih sahaja.Apa yang mengganggu di dalam fikiranmu?Adakah masalah Matematik yang tak dapat diselesaikan.Ataupun kamu telah ditnggalkan teman wanita?”

“Bukan itu sebabnya ibu,anakanda tengah berfikir beberapa soalan.Persoalan ini telah menggangu anakanda setelah sekian lama”,kata anak unta tersebut.

“Sebutlah,mungkin ibu ada jawapan untuk persoalan yang tidak terjawab itu”kata ibu si unta ingin membantu.

“Begini bu,anakanda hairan.Apakah kegunaan bonggol di badan kita ini”,tanya anak unta tersebut

“Oh,itu mudah sahaja anakku!Bonggol di atas badan kita digunakkan untuk mengisi air.Dengan bonggol ini ini kita dapat bertahan lebih lama di gurun tanpa air berbanding makhluk lain”,kata Ibu si unta dengan bangga.

“Bagaimana pula dengan kaki kita yang kurus dan panjang ini?”

“Kaki kita yang kurus dan panjang ini banyak kelebihannya.Dengan kaki ini kita akan dapat berjalan dengan lebih mudah di padang pasir.”

“Jadi,mengapa kita mempunyai bulu mata yang panjang dan tebal”

“Yelah,di padang pasirkan anginnya kuat. Bulu mata yang panjang dan tebal ini adalah untuk mengelakkan pasir daripada masuk ke mata”,kata ibu si unta dengan bangga sambil mengelip matanya berulang-kali.

“OWh.Baru saya faham!Bonggol kita adalah digunakan untuk menyimpan air ketika di padang pasir.Kaki kita yang panjang dan kurus pula memudahkan pergerakkan kita di padang pasir.Manakala bulu mata kita yang panjang dan tebal kita pula adalah untuk mengelakkan pasir daripada masuk ke mata ketika di padang pasir.Persoalannya di sini,mengapa kita berada di zoo?”

Pembaca sekalian,moral yang terdapat di dalam cerita ini sungguh menarik.Kelebihan yang ada belum tentu menjamin kejayaan.Contohnya daripada kisah di atas,walaupun si ibu unta begitu bangga dengan kelebihan yang terdapat pada dirimereka,namun begitu kelebihan tersebut sekadar tiada sahaja kerana mereka hidup di zoo dan bukan padang pasir.

Kisah ini dapat memberi pengajaran yang mendalam kepada kita.Walaupun kita mempunyai pelbagai ilmu pengetahuan yang banyak,namun jika tidak dipraktikkan ianya menjadi sia-sia sahaja.Contohnya seperti kita bekerja sebagai pemotong pokok kayu balak.Kita mempunyai gergaji yang canggih,tetapi jika kita tidak menggunakkannya ,dan sekadar menggunakan kapak,gergaji canggih yang terdapat padanya menjadi sia-sia.Kelebihan yang ada haruslah digunakan dengan sebaiknya.Kita mungkin telah membaca pelbagai jenis buku.Dan kita pun mungkin telah menghadiri pelbagai seminar -seminar.Tetapi jika kita mengaplikasikannya ilmu yang kita dapat,ianya menjadi sia-sia.Dengan sekadar menyimpan ilmu tersebut di minda tidak akan menjadikan kita hebat. Mempraktikannyalah baru menjadikan kita hebat.

Seperti dalam Islam selalu berkata,”Ilmu tanpa amal adalah sia-sia”.Jadi,jangan bazirkan ilmu yang diperolehi,Jangan membazirkan kelebihan yang terdapat pada diri kita.Gunakanlah mereka dengan sebaiknya.Just do it.

No comments: