Saturday, July 28, 2007

Masa and soulmate anda

Masa adalah amat penting bagi kita.Setiap masa yang berlalu tidak akan kembali lagi.Setiap peluang yang datang juga kadang-kadang hanya datang sekali sahaja.Kita haruslah menggunakan masa dengan sebaiknya.Peluang yang ada jangan dilepaskan begitu sahaja.Ingat masa umpama perjalanan.Sekali kita melaluinya kita tidak akan dapat kembali semula.Kita pernah melalui masa bayi,remaja,muda.Dan yang pastinya kita tidak dapat kembali kepada masa tersebut.Walaupun kita menyesal macam mana pun,masa tetap berjalan.

Terdapat suatu cerita mengenai masa yang tidak akan kembali.

Pada masa dahulu,terdapat dua orang sedang berehat di bawah pokok yang besar.Di hadapan mereka terdapat padang yang luas yang dipenuhi dengan pelbagai bunga yang berwarna-warni.Bunga-bunga di situ sungguh cantik dan menarik.
Dua orang yang sedang berehat di situ adalah merupakan seorang guru dan anak muridnya.

Sedang mereka berehat anak murid bertanya kepada gurunya,”bagaimana kita dapat jumpa kekasih sejati kita.(soulmate)?”.

Sambil terkejut dengan soalan anak muridnya,si guru pun berkata,”soalan itu sebenarnya mudah dan agak susah”.

“Mengapa guru berkata demikian?”,tanya anak murid dengan kehairanan.

“Begini sebenarnya,untuk menjawab soalan yang kamu tanya tadi, sekarang cuba kamu buat perkara ini.Kamu jalan sahaja dari sini sampai ke hujung padang ini.Petik satu sahaja bunga yang kamu fikir cantik.Ingat cuma satu sahaja.Kamu juga dilarang berpatah balik.”,kata guru tersebut.

“Baiklah saya akan menurut arahan guru.Tunggu saya sebentar,”kata anak murid tersebut sambil berjalan untuk membuat perkara yang disuruh gurunya.

Selang beberapa ketika,anak muridnya kembali.

“Guru tak nampak pun ada bunga di tangan kamu?”,tanya guru sambil tersenyum.

“ Begini ketika saya berjalan,saya ternampak satu bunga yang cantik,tetapi bila saya ingin memetiknya saya terfikirkan mungkin ada bunga lebih cantik lagi di hadapan.Jadi,ini menyebabkan saya tidak jadi memetiknya.Jadi saya terus berjalan dan sehinggalah saya sampai ke hujung padang ,baru saya sedar saya tidak memetik langsung bunga pun .Oleh kerana mengikut arahan guru maka sebab itu saya tidak mengundur kembali .”,kata anak murid itu.

Guru itu pun menjawab,”begitulah kehidupan anak muridku”.

Pembaca sekalia,begitulah kehidupan yang berlaku sekarang ini.Bunga-bunga yang ada dipadang tersebut boleh dianggap sebagai calon-calon teman sejati kita.Laluan yang kita laluinya pula boleh dianggap sebagai garis masa kita dan anak murid tersebut adalah kita.
Oleh kerana terlalu memilih,akhirnya menyebabkan kita menjadi tamak.Akibatnya kita terlepas peluang keemasan dalam kehidupan kita.Akhirnya, kita terlepas untuk mendapat Cinta kita yang sejati.

Kisah ini bukan setakat diaplikasi dalam kisah Cinta,tetapi dapat digunakan dalam apa-apa bidang pun.Fikirkan peluang yang kita hilang sebaik sahaja kita tamak.Tamak pada sesuatu yang tidak pasti.Ingat!Kisah ini berkenaan masa.Masa yang berlalu,tidak akan kembali lagi.Oleh itu mulai hari ini berjanjilah pada diri anda tidak akan membazir masa yang berlalu.

2 comments:

Anonymous said...

Oi, achei teu blog pelo google tá bem interessante gostei desse post. Quando der dá uma passada pelo meu blog, é sobre camisetas personalizadas, mostra passo a passo como criar uma camiseta personalizada bem maneira. Se você quiser linkar meu blog no seu eu ficaria agradecido, até mais e sucesso.(If you speak English can see the version in English of the Camiseta Personalizada.If he will be possible add my blog in your blogroll I thankful, bye friend).

Anonymous said...

aiii
adakah moralnya kita tidak boleh terlalu tamak atau memilih?
sesuatu yang sudah berlaku pasti ada hikmahnya.seperti 'setiap titis air yang keluar dari mata air, mereka tahu bahawa mereka akan mengalir menuju ke laut'-blues-.tiada yang sia-sia. seperti anak murid tadi, apa yang dia terlepas pasti ada hikmahnya. bak kata orang, satu pintu tertutup, banyak pintu lain yang terbuka. so, terlalu tamak atau memilih mungkin sudah tidak penting selepas suatu keputusan dibuat.yang penting, bagaimana kita menghadapi menerima dan menyahut setiap cabaran dan dugaan yang melibatkan keputusan yang telah dibuat.-ila-