Wednesday, July 4, 2007

Menetapkan matlamat

Sebenarnya formula kejayaan bukanlah lagi rahsia.Ramai pakar-pakar telah menemuinya dan ianya tidaklah sesusah mana.Langkah -langkah formula kejayaan adalah sangat mudah dan ia boleh diulang beberapa kali untuk kejayaan yang lain.Namun begitu,ia masih memerlukan semangat juang yang tinggi dan komitmen yang berterusan.Jadi adakh anda sudah bersedia untuk membuat sejarah dalam hidup anda?Mari kita lihat formula tersebut.

Formula kejayaan
1.Kenalpasti matlamat anda.

2.Bertindak ke arah matlamat.

3.Kenalpasti hasil.

Langkah-langkah ini hanya memerlukan 3 langkah sahaja.Namun begitu ianya bukan berturutan dan tamat begitu sahaja ataupun statik.Ianya sentiasa berubah-ubah sehingga matlamat akhir tercapai.Langkah 2 akan sentiasa diulang jika langkah 3 hasilnya tidak memuaskan dan tidak sama seperti yang diharapkan.Langkah 2 dan 3 akan sentiasa sahaja berulang supaya akhirnya pengguna formula ini berjaya mencapai sesuatu jalan yang mengarahnya ke matlamat dan seterusnya merealisasikan sebuah kejayaan.


Rumusan mudah.

Formula ini bolehlah diumpamakan seperti seorang pemburu yang bersenapang yang ingin memburu rusa.Dia mengenal pasti matlamatnya iaitu untuk menangkap rusa.Dia bertindak ke arah matlamatnya iaitu dengan menembak rusa tersebut.Kemudian mengenalpasti hasilnya iaitu melihat adakah beliau berjaya menembak rusa tersebut.Jika gagal dia akan mengulang dengan bertindak semula ke atas matlamatnya iaitu dengan menembak semula rusa tersebut.Langkah-langkah ini berterusan sehingga dia berjaya mencapai matlamatnya iaitu menangkap rusa.


Langkah-langkah mengenal pasti matlamat.

Langkah 1:Apa yang anda mahu di dalam kehidupan ini?

Ambil pen dan tulis apa yang anda mahu di dalam hidup ni.Jangan risau atau fikirkan sama ada perkara tersebut mustahil atauun tidak.Tiada batasan impian anda dalam proses ini.Tulis seberapa banyak yang anda mahu.Bayangkan jika tiada apa-apa yang dapat menghalang awak dan awak mempunyai semua ciri yang diperlukan untuk impian anda apa yang anda impikan.Hanya tulis sekarang ini.Jangan biarkan minda anda berkata no way man.


Langkah 2:Mengaudit impian anda

Ok sekarang tibalah masa untuk mengaudit impian anda.Menentukan yang mana boleh dicapai dan yang mana tidak boleh dicapai.Jika impian anda meletakkan ingin memeliki 5 buah rumah sewa.Perkara tersebut boleh dicapai.Tetapi jika impian anda adalah ingin mempunyai kuasa seperti spideman,perkara tersebut agak mustahil melainkan anda digigit labah-labah seperti mana yang terdapat dalam jalan cerita tersebut.Jadi pada bahagian ini ,asingkan matlamat anda perkara pada yang boleh direalisasikan dan perkara yang sekadar fantasi.

Langkah 3:Meletakkan keutamaan matlamat anda.

Seterusnya pilih matlamat yang anda ingin capai dan beri keutamaan kepada matlamat yang mana lebih penting.Disini bukan bermaksud anda tidak akan mengejar matlamat kurang penting inidan seterusnya membuang matlamat anda jauh-jauh.Tujuan disini adalah untuk menentukan apa yang penting bagi anda.Jadi disini bermakna selepas proses ini,impian yang anda senaraikan ini adalah impian yang penting.Dengan membuat sepeti ini,minda anda akan lebih fokus.Anda boleh menetapkan impian lain setelah mencapai impian yang anda anggap penting ini.

Contohnya disini,anda meletakkan impian anda adalah ingin menjadi ahli sukan yang berjaya dan ceo yang pandai mengurus pada masa yang sama.Logik tak matlamat kita? Memanglah tidak mustahil,tetapi perkara ini hampir jarang berlaku.Hal ini kerana jika anda ingin berjaya di dalam bidang sukan,anda mestilah mencurah masa untuk berlatih,masa untuk menyertai perlawanan.Dan sudah tentunya anda akan tidak mempunyai masa untuk pekerja-pekerja syarikat yang amat memerlukan anda.Jadi di sini.masalah yang utama adalah masa.

Oleh sebab itulah pentingnya mengetahui matlamat yang menjadi keutamaan kepada diri anda.

Langkah 4:Menilai impian anda.

Setelah anda meletakkan keutamaan pada impian anda,tiba masa untuk menilaikannya.

1.Adakah impian anda saling bertentangan?

Lihat sama ada impian anda bertentangan antara satu sama lain ataupun tidak.

Contohnya jika impian anda adalah untuk mencapai
a.RM50000 di dalam akaun bank anda.
b.melancong sepuas-puasnya serata dunia selagi ada simpanan

2 impian dia atas didapati bertentangan antara satu sama lain.Yalah,masakan impian anda a akan tercapai selagi anda menggunakan wang simpanan anda habis-habisan.

Oleh itu,jika terdapat matlamat yang saling bertentangan,cuba ubah suainya ataupun jika tidak, singkirkan ia buat sementara waktu.Mungkin anda boleh mencapai setelah satu matlamat lain tercapai.

Contohnya ,anda mungkin dapat melaksanakan b setelah impian a anda tercapai.

2.Tentukan berapa masa yang diambil untuk mencapai impian tersebut.

Bahagikan impian anda kepada 3 bahagian.1 tahun-untuk impian jangka pendek,3 tahun-untuk impian jangka masa sederhana dan seterusnya 10 tahun -untuk impian jangka panjang.
Jika impian anda kesemuanya jangka panjang,kembali semula kepada langjah 1 dalam mengenalpasti matlamat dan masukkan matlamat jangka masa pendek dan sederhana anda.

Perkara ini penting supaya ia dapat memberitahu minda anda langkah demi langkah dalam mencapai impian anda.

Contohnya jika matlamat anda jangka masa panjang anda adalah mempunyai 20 rumah sewa.Mungkin untuk matlamat jangka pendek,anda boleh meletakkan mempunyai sebuah rumah sewa.Manakala untuk jangka masa sederhana,anda bolehlah menulis untuk mempunyai 5 rumah sewa.

Letakkan ia mengikut logik kemampuan anda.Bukan orang lain yang menentukan.Anda sendiri yang akan merelisasikannya.Biarkan minda anda sedar kini bahawa anda mampu.Jadi minda tidak akan mencari alasan lain.Ini sebab anda sendiri telah menerangkan langkah-langkah yang mendalam ke arah mencapai matlamat anda.

Langkah 5:Membuat KAD untuk matlamat anda.

Sekarang cari kad dan tulis matlamat yang ingin dicapai anda dalam masa setahun.Saiz kad ini mestilah sesuai kepada anda kerana anda akan melihatnya selalu.

Syarat-syarat bahasa yang digunakan dalam KAD matlamat ini.

1.Guna kata ganti diri.Jangan sekadar menulis matlamat anda sahaja.
Contohnya:Aku,saya,diri ini atau pelbagai lagi yang mewakili anda.

2.Gunakan perkataan seolah-olah anda telah mencapainya.
Contohnya:Sekarang saya mempunyai,Pendapatan saya sekarang ialah

3.Elakkan prasa yang yang negatif.Gantikannya dengan prasa yang berbentuk positif.
Contohnya:Aku kini tidak mahu muflis lagi.Gantikan ayat ini dengan.Syarikat aku kini maju dan tersenarai di BSKL.(matlamat-melihat syarikat tersenarai di BSKL)

4.Pastikan impian anda ditulis dalam ayat yang pendek.Ini memudahkan anda untuk membacanya.


Langkah 5:Proses dalaman

Letakkan kad matlamat anda di mana anda mudah lihat.Di dalam dompet.Di depan cermin.Di atas meja belajar.Lihat kad anda ini selalu.Semakin kerap semakin baik.

Selalu nyatakan bahawa impian anda akan tercapai.Nyatakan pada diri anda,anda adalah hebat.Halangan yang menghalang anda adalah kecil sahaja.Anda berhak mencapai matlamat anda.

Gunakan minda anda untuk membayangkan matlamat anda sudah tercapai.Apakah perasaan anda ketika matlamat tersebut tercapai?Bagaimana anda bertindak ketika itu.Bayangkan setepat-tepatnya.

Ulang proses ini berulang-ulang kali sehingga matlamat anda tercapai.

No comments: