Friday, December 28, 2007

Maksud pemenang

Maksud pemenang adalah berbeza untuk setiap orang.Ia bergantung pada diri masing-masing.Hanya kita yang tahu maksud pemenag untuk diri kita.

Jadi apa maksudnya disini?Ini bermaksud…

Setiap daripada kita boleh menjadi pemenang.

Pemenang adalah seseorang yang menggunakan potensi yang ada pada dirinya.

Pemenang adalah meletakkan sesuatu matlamat dan mencapainya.

Pemenang adalah menambah kemahiran supaya menjadi lebih baik.

Pemenang adalah untuk melayan semua orang seperti mana dia mahu orang lain melayannya.

Pemenang adalah sentiasa berusaha bersungguh dan tidak menghiraukan segala rintangan.

Pemenang sentiasa mempelajari sesuatu daripada pengalamannya.Tidak kira ia merupakan pengalaman yang buruk ataupun baik.

Menang ialah menjadi apa yang kita mahu.

Menang ialah gembira menjadi diri kita..

Menang adalah salah satu cara kita berfikir.

Menang adalah salah satu cara kehidupan.

Menang adalah segalanya tentang sikap.

Ya!Semuannya tentang sikap.

“Saya fikir 70% atau 80% adalah semuanya tentang sikap.Setelah awak telah membuat semua orang bersedia terhadap tugasan, hanya satu sahaja yang tinggal iaitu sikap.Yang menjadi berita gembira di sini ialah awak boleh memilihnya dalam kehidupan.Awak tidak mampu pilih atau mengubah keadaan,tetapi awak sentiasa boleh memilih atau mengubah sikap “.Anonymous

Tuesday, December 25, 2007

Personaliti biru

Seperti yang saya janjikan..trimalah ciri-ciri personaliti biru


Personaliti warna ini sangat sosial. Mereka mengambil berat orang lain dengan begitu mendalam sekali. Oleh sebab inilah mereka begitu rapat dan begitu menyayangi keluarga mereka dan orang yang berada disekeliling mereka. Keluarga merupakan perkara yang utama kepada mereka. Mereka sentiasa akan memberi sokongan kepada keluarga mereka jika terdapat sesuatu masalah yang berlaku. Mereka sanggup melakukan apa sahaja perkara yang berkaitan untuk membantu keluarga dan rakan mereka.

Personaliti warna ini suka membantu orang. Mereka akan berasa bahagia dengan membantu orang. Apabila mereka mengenali seseorang dan meyukainya, personaliti ini agak sukar untuk melupakan orang tersebut. Mereka akan menghantar hadiah supaya dapat menunjukkan betapa bermaknanya perhubungan tersebut pada mereka. Mereka juga tidak lupa hari-hari yang penting dalam hidup seseorang. Contohnya seperti hari lahir. Sikap mereka ini meyebabkan ramai orang suka berdamping dengan biru.

Saturday, December 22, 2007

Bulatan?

4 Bulatan Kehidupan.


Ada satu tips lagi tentang menulis matlamat yang dapat diamalkan.Tips ini diambil daripada 100 Ways to Motivate Yourself.Setiap hari,ambil satu kertas kosong.Kemudian saudara perlu melukis empat bulatan atas kertas ini.Bulatan pertama mewakili kehidupan yang saudara inginkan.Saudara boleh menulis seberapa banyak yang saudara hendak mengikut pada waktu tersebut.Ataupun saudara boleh menulis hanya beberapa sahaja matlamat dan matlamat yang lain ditulis pada hari yang lain.
Bulatan kedua pula mewakili tahun.Cuba berhenti dan berfikir sejenak apa yang saudara dapat buat atau capai supaya matlamat bulatan pertama tercapai dalam tahun ini.Matlamat tersebut mestilah realistik dan dapat dicapai pada tahun tersebut.Pastikan matlamat tersebut yang memerlukan saudara berusaha dan bukan mudah untuk dicapai.

Bulatan ketiga pula mewakili bulatan bulanan.Fikirkan apa saudara dapat buat dan perlu capai supaya matlamat tahunan saudara tercapai.Seperti biasa letakkan sedikit cabaran.

Bulatan keempat pula mewakili bulatan harian.Fikirkan apa yang saudara dapat lakukan pada hari ini supaya matlamat bulanan saudara tercapai.Setelah selesai menulisnya,mulakan untuk melakukan perkara tersebut.Ingat untuk membaham gajah adalah bukan dengan memakannya sekaligus.Tetapi potongnya kepada ketulan kecil dan makan sedikit demi sedikit.

Amalkan selalu menulis ini.Jadikan ia perkara kemestian yang perlu saudara lakukan setiap hari.Kalau tidak boleh jadikan ia perkara selalu yang saudara buat dalam minggu tersebut.Kaedah ini tidak lama.Sekadar beberpa minit.tetapi ia ada mempunyai impaknya tersendiri.

Wednesday, December 19, 2007

Aura

Hehe..lamanya tak update..bukan apa..sibuk skit menulis buku sekarang.insyaAllah bulan empat kuar la..pasal apa? rahsia.. tapi ini ada hint skit....Jawab soalan ini dulu,,

Anda suka bersosial dan bersama orang lain sepanjang masa.

Anda suka memberi dorongan kepada orang lain.

Anda kurang bercita-cita tinggi dan agak konservatif .

Keluarga merupakan keutamaan bagi anda.

Anda sukar hendak berkata tidak kepada sesuatu yang anda tidak suka.

Anda mempunyai sistem metabolisma yang perlahan.

Anda lebih mengambil berat orang lain daripada diri anda sendiri.

Jika semua penyataan ada kaitan dengan anda..maka anda dikatakan mempunyai aura berwarna biru...

apa kah ciri-ciri orangnya?
tunggu.....=)