Saturday, December 22, 2007

Bulatan?

4 Bulatan Kehidupan.


Ada satu tips lagi tentang menulis matlamat yang dapat diamalkan.Tips ini diambil daripada 100 Ways to Motivate Yourself.Setiap hari,ambil satu kertas kosong.Kemudian saudara perlu melukis empat bulatan atas kertas ini.Bulatan pertama mewakili kehidupan yang saudara inginkan.Saudara boleh menulis seberapa banyak yang saudara hendak mengikut pada waktu tersebut.Ataupun saudara boleh menulis hanya beberapa sahaja matlamat dan matlamat yang lain ditulis pada hari yang lain.
Bulatan kedua pula mewakili tahun.Cuba berhenti dan berfikir sejenak apa yang saudara dapat buat atau capai supaya matlamat bulatan pertama tercapai dalam tahun ini.Matlamat tersebut mestilah realistik dan dapat dicapai pada tahun tersebut.Pastikan matlamat tersebut yang memerlukan saudara berusaha dan bukan mudah untuk dicapai.

Bulatan ketiga pula mewakili bulatan bulanan.Fikirkan apa saudara dapat buat dan perlu capai supaya matlamat tahunan saudara tercapai.Seperti biasa letakkan sedikit cabaran.

Bulatan keempat pula mewakili bulatan harian.Fikirkan apa yang saudara dapat lakukan pada hari ini supaya matlamat bulanan saudara tercapai.Setelah selesai menulisnya,mulakan untuk melakukan perkara tersebut.Ingat untuk membaham gajah adalah bukan dengan memakannya sekaligus.Tetapi potongnya kepada ketulan kecil dan makan sedikit demi sedikit.

Amalkan selalu menulis ini.Jadikan ia perkara kemestian yang perlu saudara lakukan setiap hari.Kalau tidak boleh jadikan ia perkara selalu yang saudara buat dalam minggu tersebut.Kaedah ini tidak lama.Sekadar beberpa minit.tetapi ia ada mempunyai impaknya tersendiri.

No comments: