Tuesday, December 25, 2007

Personaliti biru

Seperti yang saya janjikan..trimalah ciri-ciri personaliti biru


Personaliti warna ini sangat sosial. Mereka mengambil berat orang lain dengan begitu mendalam sekali. Oleh sebab inilah mereka begitu rapat dan begitu menyayangi keluarga mereka dan orang yang berada disekeliling mereka. Keluarga merupakan perkara yang utama kepada mereka. Mereka sentiasa akan memberi sokongan kepada keluarga mereka jika terdapat sesuatu masalah yang berlaku. Mereka sanggup melakukan apa sahaja perkara yang berkaitan untuk membantu keluarga dan rakan mereka.

Personaliti warna ini suka membantu orang. Mereka akan berasa bahagia dengan membantu orang. Apabila mereka mengenali seseorang dan meyukainya, personaliti ini agak sukar untuk melupakan orang tersebut. Mereka akan menghantar hadiah supaya dapat menunjukkan betapa bermaknanya perhubungan tersebut pada mereka. Mereka juga tidak lupa hari-hari yang penting dalam hidup seseorang. Contohnya seperti hari lahir. Sikap mereka ini meyebabkan ramai orang suka berdamping dengan biru.

No comments: